NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ISU IVERMECTIN: Adakah Pembangkang tak buat kajian sebelum berbahas di Parlimen?

Taklimat baru sahaja diberikan oleh SAHPRA* kepada Ahli Parlimen Afrika Selatan pada 21 Julai lepas. Pembangkang sepatutnya mengkaji kandungan taklimat ini terlebih dahulu sebelum masuk berbahas di Parlimen. Ia mencerminkan kebijaksanaan atau kedangkalan mereka dalam sesuatu isu. Rakyat memerhatikan hal ini.

MESYUARAT KHAS PARLIMEN: AHLI PARLIMEN PH DIKRITIK DESAK GUNA IVERMECTIN RAWAT COVID-19

Penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19 menjadi topik hangat di Dewan Rakyat dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkang mendesak agar ia diberi kelulusan segera.

Antara Ahli Parlimen yang meminta penggunaan ubat itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu (Kota Raja); Khalid Samad (Shah Alam); Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh); Johari Abdul (Sungei Petani); Sim Tze Tzin (Bayan Baru); William Leong (Selayang) dan P Prabakaran (Batu).

Mereka antara lain, mendakwa India dan Filipina telah berjaya menggunakan Ivermectin untuk merawat COVID-19 tanpa kesan sampingan dilaporkan. Bagaimanapun, mereka tidak menyebut bahawa pihak berkuasa kesihatan di kedua-dua negara itu tidak pernah mengumumkannya secara terbuka.

(Sumber: ASTROAWANI)

Apa yang pembangkang tidak sebut adalah berita terkini yang baru keluar pada 21 Julai lepas bertajuk:

"WHY SOUTH AFRICA'S DRUG REGULATOR CANNOT RECOMMEND IVERMECTIN TO TREAT COVID-19" 

(MENGAPA PENGAWAL SELIA UBAT AFRIKA SELATAN TIDAK BOLEH MENGESYORKAN IVERMECTIN UNTUK MERAWAT COVID-19) 

Berita menyebutkan 3 fakta berikut:

1) SAHPRA* telah memberi amaran terhadap penggunaan ivermectin untuk merawat Covid-19.

2) Tidak ada kajian konklusif untuk mengesahkan bahawa Ivermectin mempunyai manfaat klinikal dalam mencegah atau merawat penyakit ini.

3) SAHPRA memberi taklimat kepada Parlimen Afrika Selatan pada hari Rabu 21 Julai 2021.

SAHPRA=South African Health Products Regulatory Authority

(Sumber: NEWS24)

Sebaiknya Ahli Parlimen pembangkang membuat kerja rumah dengan membaca berita terkini serta merujuk perbahasan di parlimen negara lain sebelum membuat apa-apa cadangan. Ia mencerminkan kebijaksanaan atau kedangkalan mereka dalam sesuatu isu. Rakyat memerhatikan hal ini.

https://m.facebook.com/Kini360/posts/115752287453875

https://twitter.com/Kini360/status/1420213639319998469


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo