NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

i-Citra dibayar bermula 2 Ogos

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021.
Menurut KWSP, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

“Bagi bayaran secara arahan bayaran, penerima akan menerima notis pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan arahan bayaran.

“Orang ramai boleh menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh menghubungi Hotline iCitra di 03 8922 4848 untuk sebarang pertanyaan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook pada Jumaat.
Pada 28 Jun, kerajaan melalui KWSP memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

Menurutnya, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

- Sinar

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo