NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GPS harap kemelut politik negara segera berakhir



KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendukung penuh Sistem Raja Berperlembagaan dan berharap kemelut politik yang melanda negara ketika ini akan segera berakhir serta Malaysia bebas daripada pandemik COVID-19.

Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar) berkata dalam keadaan negara berdepan krisis pandemik ketika ini, kestabilan politik amat diperlukan.

“Kita perlu fokus ke arah menjayakan Pelan Pemulihan Negara demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat serta pemulihan ekonomi,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen walhal perkara itu belum mendapat perkenan Baginda.

Al-Sultan Abdullah menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 26 Julai lepas, tidak tepat dan mengelirukan Ahli Dewan Rakyat.- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo