NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Sabah tidak akan terbubar automatik - Speaker



Syah Hairizal Kamalul Arifin
Julai 14, 2021 16:42 MYT

Kadzim berkata, DUN Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan pada bila-bila masa bergantung kepada tarikh yang ditetapkan pentadbiran kerajaan negeri. - Gambar fail

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak akan terbubar secara automatik walaupun tidak bersidang lebih enam bulan ketika ini, kata Yang di-Pertuanya, Datuk Kadzim M Yahya.
Beliau menyangkal dakwaan pihak tertentu mengatakan ada risiko pembubaran DUN secara automatik jika tiada persidangan dibuat sebelum 1 Ogos 2021.

"Walaupun Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan bahawa DUN Sabah hendaklah bersidang dalam tempoh enam bulan dari tempoh terakhir sidang yang lalu, tetapi Seksyen 15 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan pengecualian kepada Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah.

"Oleh itu, orang ramai adalah diminta supaya tidak keliru disebabkan DUN belum mengadakan persidangan sejak Sidang Bajet 2021 pada Disember 2020 yang lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, DUN Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan pada bila-bila masa bergantung kepada tarikh yang ditetapkan pentadbiran kerajaan negeri.

https://www.astroawani.com/berita-politik/dun-sabah-tidak-akan-terbubar-automatik-speaker-308413

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo