NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DHPP Kawasan Bangi realisasikan PAS untuk semua

Ketua Wanita DHPP Kawasan Bangi, Puan Sathia Bama Saravanan, menemukan petugas PAS Kawasan Bangi dengan penduduk dari kalangan kaum India
Oleh: MS Haji Noor

BANGI, 25 Julai 2021: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kawasan Bangi memainkan peranan yang penting menghubungkan PAS dengan penduduk setempat dari kalangan bukan Islam, tambah-tambah lagi dalam keadaan kehidupan yang mencabar ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melawan pandemik COVID-19.

Pada Ahad lepas, di kawasan perumahan Seksyen 2 dan Seksyen 16 dekat sini, Ketua Wanita DHPP Kawasan Bangi, Puan Sathia Bama Saravanan, menemukan petugas PAS Kawasan Bangi dengan penduduk dari kalangan kaum India dalam rangka mengagih bakul makanan kepada mereka yang memerlukan.

Cakna dengan keperluan mematuhi SOP COVID-19, yang antaranya tidak boleh lebih daripada satu orang dalam kenderaan, maka rombongan tiga orang diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bangi, Ustaz Idris Yussoff menuju ke destinasi menaiki kenderaan masing-masing.

Menurut Ustaz Idris, beliau menerima maklumat dari Puan Sathia Bama terdapat penduduk setempat dari kalangan kaum India yang belum lagi menerima sumbangan bakul makanan yang terkini yang diusahakan oleh PAS Kawasan Bangi. Lantas segera diusahakan pertemuan ringkas untuk menyerahkan sumbangan tersebut.

Puan Sathia Bama berkata beliau mengaturkan pertemuan ini dilakukan dengan "norma baharu," iaitu antaranya dilaksanakan di kawasan yang terbuka, tiada perkumpulan orang ramai dan seringkas yang mungkin, selain penjarakan sosial dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko terdedah kepada wabak yang melanda seluruh dunia pada masa ini.

Tambah Puan Sathia Bama lagi, beliau amat berpuas hati DHPP Kawasan Bangi sekali lagi menjadi pengubung PAS dengan masyarakat pelbagai kaum di sini.

Penduduk yang disantuni pula melahirkan rasa gembira dengan kehadiran PAS dalam kalangan mereka bersama dengan bantuan bakul makanan buat sekian kalinya sejak negara mula melaksanakan PKP pada Mac tahun lalu.

Sumbangan kali ini adalah bakul makanan PKP 3.0 yang diusahakan oleh PAS Kawasan Bangi melalui sumbangan dari ahli dan penyokong PAS.

Tahniah dan terima kasih buat DHPP Kawasan Bangi, khususnya Puan Sathia Bama, yang sedikit sebanyak telah merealisasikan PAS untuk semua.

#DHPP #PASuntukSemua #PASforAll #PAS4All #MasyarakatMajmuk #MasyarakatIndia #MenangBersama #KerajaanPrihatin #PASPrihatin #BakulMakanan #PASKawasanBangi #PASBANGI #PerpaduanUmmah #PerpaduanNegara #PEMULIH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo