Responsive Ad Slot

Covid-19 : Joe Biden mungkin tidak kekal lama.



WASHINGTON: Keluk COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) meningkat kembali selepas beberapa bulan mencatatkan penurunan, dengan jumlah kes baharu meningkat dua kali ganda sejak tiga minggu lalu.

Ia dipercayai disebabkan peningkatan mendadak akibat varian Delta, kadar vaksinasi perlahan serta perjumpaan perayaan hari kemerdekaan AS, Fourth of July.

Menurut data Universiti Johns Hopkins, purata jangkitan harian disahkan meningkat kepada 23,600 kes pada Isnin, berbanding 11,300 pada 23 Jun lalu.

Semua negeri kecuali Maine dan South Dakota menunjukkan peningkatan kes sejak dua minggu lalu.

"Pertambahan itu bukan satu kebetulan biarpun jangkaan kita ia berlaku pada akhir Julai susulan perjumpaan Fourth of July, kata pengarah bersama Bahagian Penyakit Berjangkit, Fakulti Perubatan, Universiti Washington di St Louis, Dr Bill Powderly.

Pada masa, beberapa bahagian negara itu menentang program vaksinasi, sementara versi mutasi COVID-19 yang sangat menular pertama kali dikesan di India menjadi faktor penyebab jangkitan lebih meluas.

Secara umumnya, kira-kira 55.6 peratus penduduk AS sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Lima negeri dengan lonjakan jumlah jangkitan terbesar dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini berdasarkan per kapita penduduk mempunyai kadar vaksinasi rendah, iaitu Missouri, 45.9 peratus, Arkansas (43 peratus), Nevada (50.9 peratus), Louisiana (39.2 peratus) dan Utah (49.5 peratus).

Biarpun peningkatan mendadak itu, kes di AS belum mencecah jumlah tertingginya iaitu satu perempat juta sehari pada Januari lalu serta jumlah kematian ketika ini 260 sehari, berbanding musim sejuk lalu sekitar 3,400 sehari.

Ia sekali gus membuktikan vaksinasi berupaya mengelak kesan jangkitan yang serius atau kematian ke atas mereka yang sudah divaksin.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan meminta mereka yang diimunisasi untuk kembali memakai pelitup muka di tempat yang mempunyai khalayak ramai seperti Los Angeles County dan St Louis.

Sementara itu, pegawai Chicago semalam mengumumkan pelancong yang tidak divaksinasi dari Missouri dan Arkansas diminta menjalani kuarantin selama 10 hari atau negatif ujian saringan COVID-19.

Sementara itu, pegawai Jabatan Kesihatan Mississippi mengesyorkan individu yang berusia 65 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik supaya menjauhkan diri daripada perhimpunan ramai susulan peningkatan sebanyak 150 peratus kemasukan ke hospital dalam tempoh tiga minggu ini.

Mississippi ketika ini mencatatkan jumlah angka kematian tertinggi akibat COVID-19 di AS. - AGENSI


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo