NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid-19: Bukan masa sesuai adakan pilihan raya

19 JULAI: PAS menyifatkan bukanlah masa yang sesuai untuk mengadakan sebarang pilihan raya ketika negara masih lagi menghadapi ancaman pandemik COVID-19.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun proses demokrasi itu satu-satunya cara untuk menyelesaikan gangguan politik ketika ini, namun beliau mengakui kepentingan negara dan rakyat perlu diutamakan.

Menurut beliau, pilihan raya hanya boleh dipertimbang untuk dilaksanakan selepas negara mencapai 80 peratus imuniti kelompok rakyat divaksin COVID-19.

“Apabila pilihan raya diadakan dan pemenang ditentukan, selesai segala cerita cuma masalahnya buat masa ini, pilihan raya tidak boleh dilakukan.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memang berhasrat untuk adakah pilihan raya. Tetapi kerajaan tidak boleh bubar kerana pandemik ini.

“Kalau nak adakan pilihan raya juga, biarlah apabila sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat telah terima suntikan vaksin,” katanya kepada media, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemerintah adalah langkah yang paling ideal.

“Namun, kita perlu lakukan pada masa yang sesuai dan kita berharap semua pihak dapat berganding bersama dalam memerangi wabak pandemik COVID-19,” katanya.

http://www.pnbbcportal.com/2021/07/19/covid-19-bukan-masa-sesuai-adakan-pilihan-raya/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo