NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ADUN Selangor, rombongan ditahan di hutan Cameron Highlands tanpa permit?


KUANTAN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Selangor difahamkan ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kerana dikatakan memasuki kawasan hutan di Cameron Highlands tanpa kebenaran.

Difahamkan JPNP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menahan ahli rombongan diketuai ADUN berkenaan seramai kira-kira 29 orang.

Kesemua mereka yang menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda difahamkan ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi ketika sedang berkhemah di situ.

Timbul persoalan, apakah tujuan wakil rakyat tersebut datang dari Selangor dengan membawa rombongan masuk ke kawasan hutan di negeri ini?

Tambahan lagi, ketika ini fasa sekatan perjalanan menyeluruh (total lockdown) sedang dilaksanakan yang tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri.

Pengarah JPNP, Datuk Dr. Hizamri Mohd. Yasin berkata, beliau masih belum menerima laporan dan butiran lengkap berhubung perkara tersebut.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo