NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tindakan tegas terhadap penghina agama dan mempromosi LGBT


Kenyataan Media sempena Mesyuarat Khas Task Force Menangani Isu LGBT

1) Alhamdulillah saya selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force Menangani Isu LGBT yang diurusetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

2) Task Force Menangani Isu LGBT ini diwujudkan selari dengan Pelan Tindakan Sosial Islam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

3) Tujuan Mesyuarat Khas pada hari ini ialah untuk membincangkan secara khusus berkenaan penguatkuasaan undang-undang terhadap perbuatan menghina agama melalui promosi gaya hidup LGBT di media sosial.

4) Sebagaimana yang kita sedia maklum, bulan Jun dianggap sebagai Gay Pride Month di mana gerakan LGBT di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, sedang mempromosi gaya hidup mereka secara terbuka samada melalui perarakan atau media massa termasuk media sosial.

5) Justeru, kita mendapati ada pihak tertentu yang memuat naik status dan grafik yang menghina agama Islam di media sosial tertentu dalam usaha mereka mempromosi gaya hidup LGBT.

6) Di media sosial tertentu misalnya, tiada tapisan langsung terhadap kandungan video-video yang berkaitan hubungan sejenis yang giat disebarkan.

7) Pengantunan seksual atau pun sexual grooming terhadap kanak-kanak di bawah umur yang didakwa telah dilakukan oleh seorang transgender di media sosial beliau, yang mungkin boleh menjurus kepada perlakuan pedofilia, tidak pula diperjuangkan oleh kumpulan aktivis LGBT. Ia menunjukkan betapa mereka bersikap double standard kerana hanya memperjuangkan isu secara terpilih yang menguntungkan pihak mereka.

8) Justeru, Mesyuarat telah bersetuju untuk melaksanakan tindakan yang tegas secara bersepadu dalam kadar segera bagi menangani isu penghinaan agama secara umum dan promosi gaya hidup LGBT khususnya di media sosial, bagi menunjukkan komitmen penuh kerajaan dalam menangani masalah ini. Tindakan tersebut, antara lain, adalah seperti yang berikut:

(a) mengenalpasti masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu;

(b) mencadangkan pindaan kepada Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 560] dan undang-undang tatacara jenayah syariah di negeri-negeri bagi membolehkan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan terhadap mana-mana orang Islam yang menghina agama Islam dan melakukan kesalahan jenayah syariah lain dengan menggunakan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi;

(c) menghasilkan satu standard operating procedure (SOP) atau garis panduan bertulis secara komprehensif dan menyeluruh mengenai tatacara mengendalikan aduan bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan penghinaan agama dan promosi gaya hidup LGBT.

YB Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
24 Jun 2021

#PelanTindakanSosialIslam
#GayPrideMonth
#SejahteraBersamaIslam
#JAKIM


https://www.facebook.com/446352142470360/posts/1205069039931996/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo