NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MKN teliti beri kelonggaran kepada negeri-negeri catatkan kes Covid-19 yang rendah – Ismail Sabri

Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti kelonggaran kepada negeri-negeri yang mencatatkan kes COVID-19 yang rendah, lapor Bernama memetik kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri.

Tambah perkongsian agensi berita itu, prosedur operasi standard (SOP) bagi fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi setiap negeri perlulah selari dengan SOP digariskan MKN.

Dalam perkongsian yang sama, kementerian tersebut melantik 30 doktor dan 100 petugas kesihatan secara kontrak bagi penugasan di Hospital Medan ATM.

Kementerian Pertahanan juga dilaporkan berupaya menubuhkan empat lagi hospital medan untuk membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani wabak COVID-19 ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo