NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LGBT: Dakwah untuk kembali fitrah






PAS Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan dari Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Kamaruzzaman Mohamad berkaitan ‘Tegas dan Berhikmah Urus Komuniti LGBT’ dan berharap task force yang diwujudkan dapat bergerak dengan tegas dan berhemah dalam menguruskan komuniti LGBT ini.

Islam adalah agama fitrah, dan menolak segala perlakuan yang songsang dan tidak menepati fitrah manusiawi. Oleh itu, LGBT ialah suatu perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT sepertimana yang berlaku pada kaum Nabi Luth yang telah diceritakan dalam firman Allah SWT:

Ų§ِŁ†َّŁƒُŁ…ْ Ł„َŲŖَŲ£ْŲŖُŁˆْŁ†َ Ų§Ł„Ų±ِّŲ¬َŲ§Ł„َ Ų“َŁ‡ْŁˆَŲ©ً Ł…ِّŁ†ْ ŲÆُŁˆْŁ†ِ Ų§Ł„Ł†ِّŲ³َŲ§ۤŲ”ِۗ ŲØَŁ„ْ Ų§َŁ†ْŲŖُŁ…ْ Ł‚َŁˆْŁ…ٌ Ł…ُّŲ³ْŲ±ِŁُŁˆْŁ†َ

“Sungguh, kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.”(Al-A’raf:81)

Secara khususnya, Pulau Pinang dilaporkan bahawa jangkitan secara seksual menyumbang sebanyak 96.33% daripada keseluruhan kes HIV yang dilaporkan sepanjang tahun 2015 hingga 2020 dan lebih mendukacitakan peratusan terbesar adalah bangsa Melayu iaitu 46.4%.

Melihat kepada kes LGBT dan komunitinya yang semakin berkembang ini, sudah semestinya satu tindakan yang serius perlu dilakukan dan Mesyuarat Khas Task Force Menangani Isu LGBT yang telah dilaksanakan ini diharapnya dapat melaksanakan tindakan tegas bagi menangani isu promosi gaya hidup LGBT termasuklah penghinaan kepada agama.

Oleh itu, PAS Pulau Pinang amat menyokong dan bersedia membantu setiap usaha kerajaan dan juga JAKIM yang ingin membanteras gaya hidup golongan songsang ini.

PAS Pulau Pinang turut menyeru setiap agensi yang berkaitan seperti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) agar perkasakan tindakan sewajarnya dan lebih proaktif serta bertanggungjawab apabila melibatkan isu LGBT serta suara tuntutan daripada mereka ditanggani dengan tegas dan penuh hikmah.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

Ir. Ahmad Rafaei Bin Dato’ Ir. A. Rashid
Ketua Penerangan
PAS Pulau Pinang Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo