NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP: TAIKO ATAU TAUKE?

0

.

DAP: TAIKO ATAU TAUKE?


"Taiko" maksudnya "Abang Besar" dalam Bahasa Kantonis dan "Tauke" maksudnya "Boss" dalam Dialek Hokkien [1]. Istilah Taiko (Abang Besar) juga digunakan bagi merujuk kepada individu, kumpulan, kerajaan atau organisasi yang mempunyai sikap mahu menguasai orang lain dan sentiasa mengambil tahu urusannya [2]. Manakala istilah Tauke (Boss) turut digambarkan sebagai mereka yang menguasai dan memberi arahan kepada orang lain [3].

.

DAP digelar sebagai "Abang Besar" [4] kerana sikapnya yang dilihat mahu menguasai orang lain.


"Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng akan peralatkan sesiapa sahaja untuk mencapai impian menguasai politik negara ini." [4]


"Kit Siang telah berjuang sejak tahun 1965 dan dia berharap suatu hari nanti DAP boleh membentuk kerajaan (Persekutuan)" [4]


"Bila tidak bertanding atas lambang Roket (simbol rasmi DAP), mereka berharap orang Melayu akan keliru dan mengundi PKR, ...inilah yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi boneka DAP dalam gabungan pembangkang" [4]


Lim Kit Siang juga pernah menyindir parti UMNO supaya waras dan tidak menjadi "United Morons National Organisation" [5]. "Morons" maksudnya dungu [6].


Dari sudut kerjasama politik, DAP pula bukanlah rakan kongsi yang setia [7]. Semenjak tahun 1995, "sikap mereka sentiasa tidak menentu" dan "bergantung kepada cara 'Sokongan Cina' mereka beralih" [8].


Mereka akan memutuskan kerjasama politik apabila dirasakan tidak menguntungkan dirinya [9] [10]. Mereka juga tidak malu untuk memungkiri janji dalam sesuatu perjanjian pakatan yang dimeterainya sendiri [11].


"Apabila Pakatan Rakyat dibubar, Kit Siang yang buat keputusan itu secara sendirian" [12]


"Ini akan berulang dalam isu siapa jadi perdana menteri sekiranya Pakatan menang PRU. Ini dibuktikan oleh rekod Pakatan sendiri" [12]


Dalam krisis Undi Percaya terhadap Menteri Besar Perak, DAP sekali lagi menunjukkan sikapnya sebagai Taiko dengan menjadi jurucakap Pakatan Harapan (PH). 

“Pada 4 Disember, 2020, DAP Perak telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO demi membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, kukuh dan stabil", kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming [13]. 

Bahkan beliau menulis surat terbuka dalam bahasa Cina yang menjelaskan keputusannya untuk membuka rundingan dengan Umno mengenai kemungkinan pembentukan kerajaan Perak [14]. 

Apabila syarat DAP tidak dipenuhi, maka ia bertindak membatalkan rundingan [15]. Parti komponen lain dalam PH hanya menjadi pak turut.


Sikap besar kepala dalam membuat keputusan ini ibarat mentaliti seorang tauke.


"DAP tauke kilang, tiga parti PH hanya pekerja", dakwa seorang pensyarah ahli akademik setelah membuat penilaian terhadap sikap DAP [16].


"Sampai bila PKR, Amanah mahu jadi boneka DAP?", tanya seorang penulis politik yang lain [7][17]. Amanah pernah didesak untuk menjawab isu "sumbangan tauke RM50 juta" yang dikatakan digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Umum ke-14 [18]


Penguasaan DAP tidak terhad ke atas rakan kongsi politiknya sahaja, malah seorang penganalisis telah berkata "DAP guna Melayu untuk ‘skrew’ Melayu" [19]. 

Beliau menambah lagi 

"These are the Malay discards yang dipungut DAP because they have personality traits akin to the Red Beanies, i.e. pemfitnah tegar, penipu pandai menyamar dan pembohong yang suka berputar-belit" [20]

atau terjemahannya 

"Ini adalah sampah Melayu yang dipungut DAP kerana mereka mempunyai sifat keperibadian yang serupa dengan Kacang Merah, iaitu pemfitnah tegar, penipu pandai menyamar dan pembohong yang suka berputar-belit."


Tentera Kacang Merah (Read Bean Army, RBA) terdiri daripada 800 orang yang beroperasi di dunia siber dengan gaji masing-masing RM3,000 dan tugas mereka masing-masing adalah untuk merosakkan dan memprovokasi kerajaan. [21]


Presiden Persatuan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao berkata "RBA mensasarkan orang awam yang mudah tertipu dengan mudah mempercayai semua propaganda yang dilancarkan ..." [21]


Sikap DAP yang mahu mengarah parti lain dapat dilihat dalam ucapan mereka.


"Kita hendak Anwar jadi PM secepat mungkin." [22]


"PH jangan jadi ‘lebih Melayu’ dari Umno, PAS" [23]


"Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina." [24]


"Gabungkan DAP, PKR, Amanah jadi satu parti progresif" [25]


"Jajaran politik PH-Umno perlu wujud demi agenda lebih besar" [26]


Ini sedikit sebanyak telah ‘membogelkan’ wajah sebenar DAP. Khabar angin selama puluhan tahun ini mengenai DAP adalah parti rasis dan untuk Cina semata-mata memang terbukti [27]


Anda mahu jadi budak kepada Taiko dan khadam kepada Tauke? Tepuk dada, tanya selera.


#DrPalatao

#Perspektif #Palatao



Artikel Asal & Sumber Rujukan:

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo