NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

95,142 syarikat dapat kelulusan operasi ketika ‘total lockdown’


KUALA LUMPUR: Sebanyak 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh dengan pematuhan ketat SOP baharu, yang bermula hari ini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, jumlah itu adalah daripada 517,144 syarikat dengan sejumlah 9.67 juta tenaga kerja mendaftar bawah Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang ditadbir olehnya, sehingga 12 tengah hari tadi.

“Setakat ini, berdasarkan kepada kapasiti tenaga kerja yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dianggarkan 1.2 juta pekerja daripada syarikat yang diluluskan dibenarkan untuk bekerja di premis. Ia merupakan pengurangan 2.0 juta tenaga kerja daripada 3.2 juta tenaga kerja bagi syarikat yang diluluskan.

“Bagi syarikat bawah sektor yang diluluskan yang tidak mendaftar dengan CIMS 3.0 sebelum PKP terbaharu ini, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian sekiranya mereka ingin beroperasi semasa PKP ini,” katanya menurut laporan Bernama.

MITI berkata, ia telah mula memproses permohonan daripada syarikat bawah sektor diluluskan bermula 1 tengah hari semalam.

“Semua surat kelulusan yang dikeluarkan oleh MITI menerusi CIMS 3.0 perlu mempunyai kod QR. Ciri ini diperlukan untuk membolehkan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan mengesahkan ketulenan surat kelulusan,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/01/95142-syarikat-dapat-kelulusan-operasi-ketika-total-lockdown/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo