NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vaksin vs anti vaksin



Sehingga 24 Mei 2021, 2.63 juta dos vaksin sudah diberikan dengan 969 ribu yang sudah divaksin sepenuhnya di Malaysia. Data di seluruh dunia menunjukkan 1.7 bilion dos diberi dengan 395 juta orang sudah divaksin sepenuhnya.

Peratus populasi yang sudah divaksin sepenuhnya amat sedikit iaitu sebanyak 5.1% sahaja. Malaysia mencatatkan kurang daripada purata keseluruhan dengan 3.0% populasi sahaja yang sudah diberikan dos vaksin penuh.

Namun, tahap kesediaan populasi di sesetengah negara dilihat memuaskan dengan yang belum mendapat vaksin tapi sanggup untuk divaksin menunjukkan peratusan yang tinggi.

Data di bawah mempamerkan kadar kesediaan untuk di vaksin di beberapa buah Negara. Data dikumpul melalui tinjauan kepada mereka yang belum mendapat vaksin berdasarkan tahap persetujuan kepada kenyataan “Sekiranya vaksin COVID-19 disediakan untuk saya minggu ini, saya pasti akan mendapatkannya." Responden hanya individu-individu yang berumur 18 tahun keatas sahaja.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari: https://ourworldindata.org/

#QGenAnalysts
#GeneratingImpactfulResearch


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo