NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 200 roket dilancar ke arah Israel




Gaza City: Hamas pada Rabu berkata, pihaknya melancarkan lebih 200 roket ke arah Israel sebagai membalas tindakan Israel yang menyerang satu bangunan menara di Gaza.

Cawangan tentera Hamas dalam satu kenyataan berkata, pihaknya 'dalam proses melancarkan 110 roket ke arah Tel Aviv dan 100 ke arah bandar selatan, Beersheva sebagai balasan kepada Israel kerana memulakan serangan terhadap rumah penduduk'.

Siren dibunyikan di kedua-dua lokasi terbabit sejurus selepas pengumuman itu, menurut Angkatan Tentera Israel, yang menambah bahawa keluarga di Tel Aviv dikejutkan dari tidur dan bergegas menuju ke kubu perlindungan bom.

Hamas sebelum ini melaporkan kemusnahan bangunan sembilan tingkat di tengah Semenanjung Gaza, wilayah yang dikenakan sekatan oleh Israel.

"Kerosakan teruk di menara itu dan bangunan berhampiran," lapor saluran televisyen Hamas, Al-Aqsa TV.

Saksi berkata, beberapa peluru berpandu menghentam bangunan berkenaan, yang menempatkan rumah, premis perniagaan dan stesen televisyen tempatan.


Sejak Isnin, tiga rakyat Israel terbunuh, manakala puluhan lagi cedera selepas serangan roket dari Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, termasuk 10 kanak-kanak dan lebih 220 orang lagi cedera, menurut pihak berkuasa tempatan.

Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland memberi amaran bahawa Israel dan Hamas bersiap sedia untuk 'perang berskala besar'.

https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/05/705216/lebih-200-roket-dilancar-ke-arah-israel

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo