NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agahnya Umno Terengganu





1. PAS Terengganu kini mula diserang dari kiri dan kanan oleh dua musuh yang cuba merampas negeri pada PRU15 nanti. Kita tahulah PH, walaupun banyak hilang deposit dalam PRU14 di Terengganu, akan terus mencuba nasib sekali lagi. Mereka tentu lebih bersemangat lebih-lebih lagi apabila kelihatan akan berlaku pertandingan tiga penjuru di Terengganu.

2. PH akan sekali lagi berpetualang di bumi Presiden PAS ini dek dendam kesumat kehilangan deposit dan kejatuhan kerajaan di peringkat Pusat pada 2019. Maka tidak hairanlah jika soldadu mereka di Terengganu menyelinap masuk menyucuk jarum agar Muafakat Nasional (MN) bernokhtah segera. Hanya dengan perpecahan Melayu a.k.a perpecahan MN sahaja, mereka mampu menyambung talihayat perjuangan mereka.

3. Di posisi kanan, UMNO juga makin galak dengan gelojohnya. Sejak Mat Said menguar-uarkan keputusan UMNO Terengganu untuk berlawan dengan PAS pada PRU15, beberapa siri serangan telah dilancarkan dari bilik perang UMNO. Poster-poster berbentuk fitnah yang disebarkan bukanlah ciptaan intelek oleh Pak Mat dari hujung kampung. Ia memang sengaja diolah dari bilik perang UMNO secara terancang sebagai sebahagian strategi perang mereka.

4. Hingga ke saat ini Presiden PAS belum lagi mengusik UMNO baik di peringkat Pusat mahupun di Terengganu. Seboleh daya beliau ingin menyelamatkan MN. Walaupun sudah semakin jelas kluster mahkamah UMNO membayangkan jajaran baru dengan DAP dan PKR selepas PRU15 nanti, namun beliau masih setia menunggu cahaya di hujung terowong yang menyerabuti dalaman UMNO.

5. Bagaimana pula sikap ahli dan penyokong PAS apabila saban hari dibalun oleh rakan muafakat? Jawapannya, selagi Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) tidak mengisytiharkan perang, mereka tidak akan mendahului arahan. Mereka tega bertahan dan menerang. Kalau ada pun, hanyalah peluru-peluru kecil yang terlepas dari hati yang tak tertahan.

6. Dalam gerakan menumbangkan kerajaan PAS Terengganu, UMNO dan PH bisa saja berpadu dan berkongsi peluru. Sudah beberapa kali fitnah ditularkan kepada rakyat kononnya ada pemimpin PAS terlibat dengan rasuah. Dari agenda berstrategi di bilik perang, mereka bawa untuk dijaja ‘kuih dalam bakul’ ini ke warung-warung ke kampung-kampung. Lalu dibina persepsi dalam masyarakat konon “PAS ini lebih teruk dari UMNO”.

7. Sudah berkali-kali pemimpin PAS menyeru jika ada rasuah, sila bawa ke pengetahuan SPRM. Kalau sudah dibawa kepada SPRM, sabar dan tunggulah siasatannya. Buat apa nak dihebuhkan perkara yang belum pasti betul dan salah? Pendirian PAS melalui mulut TGHH sendiri sering mengatakan, “seseorang tidak boleh dikatakan bersalah selagi belum diputuskan bersalah oleh mahkamah”. Begitulah pendirian PAS dalam kes-kes Najib, Zahid Hamidi, Anwar Ibrahim malah pemimpin DAP sendiri. Soalnya,”kenapa musuh-musuh PAS tidak boleh berlaku adil kepada PAS?” Kenapa PAS diserang dengan dakwaan dan fitnah yang bukan-bukan?

8. Kalau PAS Terengganu nak berperang sebelum diarah oleh jeneral perang, banyak mana kelemahan dan kezaliman UMNO semasa era pemerintahannya berpuluh-puluh tahun di Terengganu. PAS masih cuba menjaga permuafakatan dan persahabatan. Masih ramai ADUN, bekas ADUN dan pemimpin-pemimpin UMNO yang masih santun dan mudah disantuni. Hati mereka perlu dijaga. Buat apa dikeruhkan kalau dah ada jernih dan tenang.

9. Kepada Mat Said dan golongan desperate UMNO dan PH, tunggulah akan tiba masanya. Pucuk dicita ulam mendatang. Bilik perang PAS tidak akan buat kerja belum duduk sudah berlunjur. Semuanya disusun cantik mengikut aturan. Di bawah pimpinan ulama terbilang.

#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#MAMPUCentre

BayangDiAir,
26/5/2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo