NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapa sebenarnya pelacur, Ku Li?

Pendirian PAS sebenarnya cukup mudah. PAS faham ia adalah bukan parti dominan di peringkat Parlimen. Oleh itu, gabungan dengan parti-parti lain adalah satu keperluan. Kalau di peringkat negeri, khususnya di Kelantan dan Terengganu, itu lain cerita.

Prinsip PAS bila masuk bab gabungan adalah:

a) kalau dengan parti Melayu, any time; dan
b) kalau dengan parti bukan Melayu atau parti sekular, ada syaratnya, iaitu rukun Islam harus ditegakkan.

Itu adalah ciri-ciri sebuah parti yang progresif tetapi dalam masa yang sama prinsip perjuangan asal tidak dilupai. Tapi, Ku Li, hang takkan faham. Hang boleh kata PAS pelacur politik? Saya nak tanya, ada PAS minta jawatan PM atau TPM? Ada PAS minta jawatan menteri utama? PAS hanya mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan dapat berfungsi pada ketika negara dilanda wabak Covid 19.

P.S. Barangkali hang dah lupa, Ku Li, atas sebab pergaduhan hang dengan Atuk lah UMNO diharamkan dahulu. Selepas itu, hang tubuhkan S46 tapi tak tahan lama. Selepas itu pula, hang masuk UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Atuk. Dan sekarang, bila Atuk dah keluar UMNO Baru, dah keluar Bersatu, hang masih berurusan dengan Atuk untuk menjadi PM. Jadi, siapa sebenarnya pelacur, Ku Li?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo