NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU dijangka bulan Mac tahun depan?


KUALA LUMPUR – Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15) hanya akan diadakan selepas 80 peratus rakyat di negara ini mendapat suntikan Covid-19 kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof hari ini.

Selagi sasaran berkenaan yang ditetapkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) gagal dicapai, PRU15 tidak mungkin dilaksanakan kerana menyelamat nyawa lebih menjadi keutamaan, kata beliau seperti dilaporkan Harian Metro.

Mohd Rezuan berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah Pak Wan Prihatin Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal di Kampung Pantai Belimbing, di Melaka hari ini.

Beliau menjangkakan sehingga 80 peratus rakyat Malaysia dijangka akan mendapat suntikan menjelang bulan Februari atau Mac tahun depan, barulah pilihan raya harus dipertimbangkan.

Persoalan bilakah PRU15 akan diadakan juga bergantung kepada persediaan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kata Mohd Redzuan lagi.

– BebasNews

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo