NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Muktamad Tolak Kerjasama Dengan BERSATU

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan (dua, kiri) ketika acara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa pada perasmian persidangan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang adalah muktamad, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, UMNO juga menolak pembentukan gabungan politik bersama Perikatan Nasional (PN).

"Keputusan itu adalah muktamad dan harus diletakkan noktah. Ketetapan ini bukan hanya dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, dukungan UMNO terhadap pembentukan kerajaan PN tahun lalu adalah kerana rakyat.

"Kita lakukannya kerana parti kerajaan sebelumnya PH (Pakatan Harapan) gagal melaksanakan manifesto yang akhirnya mereka akui bukan kitab suci," katanya.

Beliau berkata, belum terlambat untuk UMNO dan PAS kembali ke pangkal jalan bagi memperkasakan Muafakat Nasional (MN) sebagai platform politik yang menerima sokongan rakyat.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan, berkata pemerkasaan itu hanya boleh dilakukan sekiranya kedua-dua parti itu berada dalam tapak yang sama.

"Jalinan politik antara UMNO-PAS berpaksikan kepada roh penyatuan ummah, ia dijelmakan dengan iringan deraian air mata dalam kalangan kedua-dua ahli parti.

"Politik UMNO bukan seperti lalang ditiup angin. Ingin saya tegaskan piagam MN belum sampai ke penghujungnya. Kita (UMNO-PAS) belum terlambat kembali ke pangkal jalan.

"Namun, kaki kita mesti berpihak dalam tapak yang sama, itu adalah syarat utama," katanya.

- BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo