NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tok Mat tidak tahu menahu rundingan UMNO-PKR



"Itu saya tak tahu, saya tak ada dan saya tak tahu," katanya ringkas kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan secara tertutup lebih lima jam bersama pimpinan negeri di Villa D'Acqua Homestay Masjid Tanah, di sini, pada petang Isnin.

Hadir sama, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Pada Ahad media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti. 

Menurut Anwar, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, beliau berpuas hati perjumpaan di antara setiap ketua bahagian di negeri itu bagaimanapun masih ada ruang kelemahan yang perlu diperbaiki.

Menurutnya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perunding dan Persiapan Pilihan Raya 'War Room', Melaka merupakan negeri pertama yang dipantau untuk melihat sejauh mana kesiapsiagaan negeri-negeri.

"Melaka negeri pertama, nampaknya persiapan Melaka cukup bagus tetapi ada beberapa kawasan (bahagian) yang perlu diperbaiki lagi.

"Selepas ini pihaknya akan menjelajah ke Negeri Sembilan, Johor dan seterusnya melihat persiapan di setiap negeri," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/128598/BERITA/Politik/Tok-Mat-tidak-tahu-menahu-rundingan-UMNO-PKR

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo