NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada sidang Parlimen 8 Mac


 

fahmy.azril@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada 8 Mac hingga 8 April ini, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Beliau menjelaskan, tarikh awal yang dijadual itu sebelum pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Oleh yang demikian, katanya, tarikh persidangan akan datang masih belum ditentukan.

"Tiada sidang Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan media pada 8 Mac ini. Tarikh berkenaan sebelum darurat.

"Kita masih belum ada tarikh pembukaan sidang Dewan Rakyat pada tahun ini.

"Ada beberapa prosedur yang kita perlukan. Jadi ia bukan seawal 8 Mac ini." katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, terdapat satu laporan media yang memetik laman web Parlimen memaparkan takwim mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-14 akan bermula 8 Mac dan tamat pada 8 April.

Pada 24 Februari lalu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al'Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, menyebut bhawa perkara berkenaan termaktub dalam sub perenggan 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang mengatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo