NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TH: 22 syarikat jadi pengelola haji, tiada ejen individu dilantik




KUALA LUMPUR- Lembaga Tabung Haji (TH) telah memberi lesen haji kepada 22

buah syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2021.

Menurut Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, pelantikan 22 PJH ini adalah sebahagian daripada pelan persediaan awal haji yang dilakukan oleh TH.

“Setakat hari ini, Kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji untuk tahun 1442H/2021M daripada pihak berkuasa Arab Saudi. Oleh itu, semua PJH yang dilesenkan tidak dibenarkan lagi mengeluarkan sebarang iklan pakej-pakej haji sehingga kebenaran rasmi dikeluarkan oleh TH,” kata Syed Saleh di majlis penyerahan lesen PJH di Menara TH, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Perlu diingatkan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” tambah beliau lagi.

TH berharap orang ramai sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji.

Semua wakil PJH yang hadir pada majlis tersebut telah diberikan taklimat berkaitan norma baru pelaksanaan ibadat haji pada musim pandemik Covid-19.

Senarai PJH yang menerima lesen daripada TH boleh disemak di laman web rasmi TH
(http://www.tabunghaji.gov.my). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC)di talian 03-6207 1919. – BebasNews

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo