NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Selangor Larang Guna Kalimah Allah Dalam Apa-Apa Percetakan Kristian

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah melarang pengunaan kalimah Allah dalam kitab Bible terjemahan Bahasa Melayu atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian

Baginda bertitah, ia bagi memelihara kalimah suci umat Islam itu yang mana kalimah Allah ialah kalimah suci umat Islam merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.

“Beta menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku-buku dan tulisan-tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk sekalipun yang mengandungi kalimah Allah tetap dilarang sama sekali penggunaannya di negeri Selangor.

“Beta mengulangi pendirian beta bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang maha esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.

“Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan yang maha esa yang menjadi asas pegangan akidah umat…

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo