NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rekod Kemenangan TFC Lebur Di Likas

KOTA KINABALU: Amaran yang diberikan pengurusan jelas menyentak semangat Sabah FC selepas mereka mengejutkan pasukan di tangga kedua, Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi di Stadium Likas, sebentar tadi.

Ini menyaksikan skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto itu menikmati kemenangan pertama musim ini selepas tumbang dalam tiga aksi berturut-turut.

Kekalahan ini sekali gus membuatkan skuad Penyu terlepas peluang untuk terus menekan pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sedang beraksi menentang Perak FC.

Pada aksi terbabit, babak pertama menjadi igauan ngeri TFC apabila mereka dibolosi dua gol pantas pada minit ke-38 dan ke-42.

Levy Clement Madinda memberikan gol pendahuluan buat tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 sebelum Sam Johnson melebarkan jurang empat minit berselang.

Babak kedua bersambung, TFC merapatkan jurang menerusi Jordan Mintah pada minit ke-78 namun gol penyamaan yang dicari tidak hadir sehinggalah wisel penamat dibunyikan.

- Bharian

 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo