NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Persempadanan semula boleh dilaksana jika beri kebaikan




25 MAC: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid, menyifatkan persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dilaksanakan, sekiranya memberi kebaikan kepada parti dan perjuangannya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan PAS supaya persempadanan semula kawasan pilihan raya di beberapa negeri majoriti Melayu dilakukan bagi menambah bilangan kerusi di Parlimen.

Rosol berkata, beliau tidak melihat ada masalah untuk melaksanakan cadangan itu tetapi dengan syarat, perkara diusul terbabit boleh membawa manfaat terhadap parti.

“Bagi saya mudah sahaja, persempadanan semula ini dibuat dalam tempoh beberapa tahun sekali, maknanya jika menguntungkan kita, buat sahaja lah,” katanya ketika dihubungi PN BBC.

Ditanya apakah pelaksanaan itu akan menjadi isu pihak tertentu sekiranya dilaksanakan, beliau berkata, sememangnya selama ini apa dilaksanakan Perikatan Nasional (PN) dan parti di bawah gabungan kerajaan selalu dipersoalkan.

“Bukan soal cadangan persempadanan ini, malah semua benda pun jika kita lakukan akan menjadi isu, tidak ada benda yang tidak dijadikan isu, baik atau tidak baik semua dibuat isu.

“Namun, apa yang penting, jika apa dilakukan kita itu membawa kebaikan kepada parti, agama dan bangsa, buat sahaja lah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Pada Selasa lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata parti itu mengemukakan cadangan berkenaan kerana pertambahan pengundi, terutama di Pantai Timur, iaitu di Kelantan dan sebahagiannya di Pahang serta Terengganu, selain Kedah.

Katanya, mungkin terdapat kawasan yang mencatatkan peningkatan jumlah pengundi dan itu memerlukan persempadanan semula,

http://www.pnbbcportal.com/2021/03/25/persempadanan-semula-boleh-dilaksana-jika-beri-kebaikan/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo