NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Rasmi Isu Korea Utara : Pertahan Kedaulatan Negara


1. Warganegara Democratic People's Republic of Korea (DPRK) bernama Mun Choi Myong telah memasuki Malaysia dan ditahan atas kesalahan undang-undang tempatan di bawah kesalahan penggubahan wang haram dan sekatan antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 13 Disember 2019 apabila subjek telah didakwa di Mahkamah Seksyen.

2. Kes sensasi berkenaan dibawa ke peringkat Mahkamah Tinggi dan dibenarkan tuntutan habeas corpus nya oleh Mahkamah Tinggi pada 29 Disember 2019. Subjek terus dibenarkan merayu menerusi Mahkamah Persekutuan yang memutuskan kesalahannya kekal pada 8 Oktober 2020 dan akan diekstrasi sebagaimana menurut peraturan antarabangsa sedia ada.

3. Sebagai negara berdaulat yang mempunyai sistem perundangan yang sah dan badan kehakiman yang bebas, Malaysia telah menjalankan pengadilan sewajarnya, termasuk hak dibela oleh peguam di mahkamah, hak lawatan ke atas tertuduh semasa tahanan. Namun kerajaan Malaysia tidak dapat mencampuri urusan pendakwaan subjek sebagaimana dipohon oleh pihak DPRK, lebih-lebih lagi kesalahan yang dilakukan tertuduh sudah sabit dan terdapat pula peraturan perjanjian ekstradisi pesalah asing sedia ada.

4. Ini menjadikan tindakan Malaysia berkenaan adalah berperlembagaan dan mengikut standard perundangan ekstradisi antarabangsa berbanding desakan pihak DPRK untuk terus membebaskan "pesalah jenayah sivil subjeknya" kepadanya lalu membelakangi perundangan sedia ada dalam negara dan perjanjian ekstradisi antarabangsa.

5. Namun reaksi spontan kerajaan DRPK memutuskan hubungan diplomatik dan mengusir semua staf Kedutaan Malaysia di Pyongyang telah dianggap keterlaluan oleh Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan rasminya bertarikh 19 Mac 2021 dan sekaligus terpaksa mengarahkan Kedutaan Malaysia di Pyongyang, Korea Utara ditutup sepenuhnya berkuatkuasa arahan negara tuan rumah.

6. Sesungguhnya tindakan unilateral DPRK itu hanya memperlihatkan "sikap ke belakang" dalam hubungan dua hala Malaysia-Korea Utara dan juga aplikasi diplomasi antarabangsa walhal Malaysia adalah di antara negara terawal di dunia mengiktiraf kerajaan Korea Utara sejak 1973 lagi.

7. Sehubungan itu, Lajnah Antarabangsa PAS Pusat menyokong penuh kenyataan tegas lagi bermakna dan tindakan pantas resiprokal Wisma Putra mengarahkan penutupan Kedutaan kita di Pyonyang selaras dengan pesan bijaksana orang tua-tua kita: Orang berbudi kita berbahasa; orang tak sudi apakan daya!

8. Lajnah Antarabangsa PAS Pusat turut menyelar mana-mana pihak yang cuba menjadikan Malaysia sebagai tempat transit penggubahan wang haram dan penyeludupan barang-barang yang menyalahi undang-undang

“Islam Memperkukuh Perpaduan”
YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
Adun Batu Burok

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo