NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Kalimah Allah: Perkasakan Islam Sebagaimana Perlembagaan Persekutuan.



Gerakan Pembela Ummah mengikuti dengan penuh teliti keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut kristian bagi tujuan pendidikan dan kegunaan agama kristian.

Apakah yang dimaksudkan dengan keputusan tersebut ?

Apakah boleh nama Allah diletakkan bersekali dengan lambang salib di tiang Gereja ?

Apakah ini tidak akan menimbulkan kekeliruan dan menimbulkan keresahan kepada ummat Islam.

Nama Allah ada kemuliaannya, hanya ummat Islam yang tahu menjaga kemuliaan kalimah tersebut.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menegaskan bahawa kalimah Allah adalah kalimah suci ummat Islam, dan milik ummat Islam dan penjaga kesuciannya adalah ummat Islam.

Maka UMMAH berpendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh sewenang-wenangnya diberikan penggunaannya kepada pihak lain dengan kegunaan yang tertentu yang bukan pemiliknya.

UMMAH menyandarkan pendirian ini berdasarkan kepada pandangan Almarhum Al Hafiz Dato Dr Harun Din yang menegaskan bahawa kalimah Allah adalah milik ummat Islam dan tidak boleh diberikan penggunaan nya kepada agama Kristian. 

UMMAH juga menegaskan bahawa tafsiran agama Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana dalam Perlembagaan Persekutuan, mistilah membawa makna dan roh bahawa, Islam adalah dibawah Raja Raja Melayu dan YDPA sebagaimana yang difahami oleh kita semua. Maka Islam dan kalimah Allah adalah satu ikatan dan terikat, adalah dibawah kuasa Raja Raja Melayu dan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana- mana pihak mistilah selari dan selaras dengan maksud tersebut.Adakah keputusan yang dibuat oleh mahkamah ini selaras dengan kehendak tersebut.

UMMAH menyeru kepada semua pihak termasuk NGO Islam dan pemimpin ummat Islam bersama-sama mempertahankan kalimah Allah ini daripada sebarang penggunaanya yang boleh dimanipulasi dan memudaratkan kalimah tersebut dan ummat Islam.

Sehubungan itu UMMAH akan melancarkan kempen seruan bagi mengadakan satu himpunan besar-besaran secara webinar bagi menegaskan pendirian ini bersama NGO Islam.

Ummat Islam wajib bersatu dalam mempertahankan kesucian akidah ummat - kalimah Allah, dan juga Raja-Raja Melayu yang diberi kuasa bagi melindungi dan menjaga hal ehwal agama Islam.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
12 Mac 2021A

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo