NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Kalimah Allah: Bertindak Segera Demi Keharmonian Negara

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia memberi sokongan penuh terhadap tindakan pihak kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 16 Mac lalu dan turut menggesa pihak kerajaan untuk segera mengemukakan keputusan daripada rayuan tersebut. Sesungguhnya umat Islam haruslah sensitif dengan isu ini dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

2. Kalimah Allah berbeza dengan kalimah tuhan yang mana Allah merupakan suatu perkataan universal yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia berbeza dengan tuhan dalam Bahasa Melayu dan “God” dalam Bahasa Inggeris. Kalimah Tuhan digunakan oleh penganut agama lain dengan menggunakan bahasa masing-masing.

3. Kalimah Allah tidak boleh diterjemah dalam bahasa lain kerana tiada suatu perkataan yang dapat menterjemahkannya bagi menggambarkan maksud perkataan tersebut. Kalimah Allah merupakan nama Allah yang paling besar dan menepati maksud Tuhan yang Esa, Tidak ada Tuhan selain daripadaNya.

4. Walaupun kalimah Allah pernah digunakan oleh penganut agama lain terutama di zaman Jahiliah, namun kalimah tersebut telah digunakan secara salah dan tidak menepati maksud sebenar sebagaimana umat Islam. Biarpun dalam Islam tidak ada suruhan melarang agama lain menyebut nama Allah namun apa yang menjadi kebimbangan ialah penggunaannya yang disalahguna malah bakal mengelirukan umat Islam terutamanya golongan kanak-kanak, remaja dan juga mualaf.

5. Allah menegaskan hal ini di dalam surah Al A’raf ayat 180
ŁˆَŁ„ِŁ„ّŁ‡ِ Ų§Ł„Ų£َŲ³ْŁ…َŲ§Ų” Ų§Ł„ْŲ­ُŲ³ْŁ†َŁ‰ ŁَŲ§ŲÆْŲ¹ُŁˆŁ‡ُ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ°َŲ±ُŁˆŲ§ْ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠُŁ„ْŲ­ِŲÆُŁˆŁ†َ ŁِŁŠ Ų£َŲ³ْŁ…َŲ¢Ų¦ِŁ‡ِ Ų³َŁŠُŲ¬ْŲ²َŁˆْŁ†َ Ł…َŲ§ ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ْ ŁŠَŲ¹ْŁ…َŁ„ُŁˆŁ†َ

Dan Allah mempunyai Asmaul Husna ( nama-nama yang terbaik ) maka mintalah kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalahertikan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan atas apa yang mereka kerjakan.

6. Maka demi menyelamatkan keharmonian negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum, pihak kerajaan perlu bertindak dengan segera terhadap isu ini. Sesungguhnya isu kalimah Allah ini menggugat kesucian agama yang kita cintai ini. Semoga agama Islam terus dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya.


Dr Najihatussalehah binti Ahmad
KETUA PENERANGAN
DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
17 Mac 2021 | 3 Syaaban 1442H

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo