NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gunung berapi Iceland meletus

20 MAC: Sebuah gunung berapi meletus hanya 40 kilometer dari ibu negara Iceland, Reykjavik semalam yang mengeluarkan lava dan cahaya merah menyala ke langit.

Menurut kenyataan Pejabat Meteorologi Iceland (IMO), letusan gunung berapi itu bermula di Fagradalsfjall dengan kod warna penerbangan berwarna merah, tetapi sangat sedikit pergolakan dilihat pada seismometer.

“Aliran lava merah dapat dilihat keluar dalam rakaman video helikopter pengawal pantai dan dihantar IMO di laman Facebook pejabat ini.

“Rekahan dianggarkan sepanjang kira-kira 200 meter,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, pegawai polis dan pengawal pantai bergegas ke tempat kejadian malam tadi, selain orang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari kawasan itu.

Sistem gunung berapi Krysuvik yang tidak mempunyai gunung berapi pusat, katanya, terletak di selatan Gunung Fagradalsfjall di semenanjung Reykjanes, barat daya Iceland.

Kata kenyataan itu, makluman pertama diterima Pejabat Meteorologi pada jam 8.40 malam (waktu tempatan) dan letusan itu disahkan melalui kamera web serta gambar satelit.

Walaupun jarak Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik Iceland dan pelabuhan nelayan kecil Grindavik terletak hanya beberapa kilometer, daerah itu tiada berpenghuni dan letusan dijangka tidak mencetuskan bahaya.

Letusan gunung berapi di wilayah ini dikenal sebagai letusan efusi, iaitu lava mengalir keluar dari tanah dengan stabil, berbanding letupan yang menyemburkan awan abu ke langit.

“Sistem gunung berapi Krysuvik tidak aktif selama 900 tahun terakhir, manakala letusan terakhir di semenanjung Reykjanes adalah hampir 800 tahun hingga 1,240 lalu.

“Namun, wilayah itu diawasi selama beberapa minggu selepas gempa berskala 5.7 dicatat pada 24 Februari dekat Gunung Keilir di pinggir Reykjavik,” katanya.

Sejak itu, katanya, gempa terbabit disusuli sejumlah gegaran lebih kecil, iaitu lebih daripada 50,000 yang menyaksikannya jumlah tertinggi sejak rakaman digital bermula pada tahun 1991.

Disebabkan itu, kegiatan gempa bumi sudah bergerak beberapa kilometer ke barat daya, berpusat di sekitar Gunung Fagradalsfjall dengan magma dikesan hanya satu kilometer di bawah permukaan bumi dalam beberapa hari terakhir.

Katanya, pelepasan gas dari kedua-dua jenis gunung berapi, terutama sulfur dioksida dapat meningkat di sekitar letusan yang boleh membahayakan kesihatan dan membawa maut.

Agensi Alam Sekitar Iceland dalam satu kenyataan berkata, pencemaran mampu melebihi had yang boleh diterima bergantung kepada angin.

“Malah gas ini boleh menyebabkan masalah, kesukaran dan kesan negatif terhadap kesihatan.

“Iceland mempunyai 32 sistem gunung berapi yang kini dianggap aktif, jumlah tertinggi di Eropah dan secara purata negara terbabit mengalami letusan setiap lima tahun.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/03/20/gunung-berapi-iceland-meletus/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo