NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gerakan tidak tahu wakil rakyat tunggalnya sertai PPBM




IPOH: Gerakan sama sekali tidak dimaklum sekutu baharunya, PPBM, akan mengambil satu-satunya ADUN parti itu.

Menurut PPBM Perak, Adun Buntong, A Sivasubramaniam, yang menyertai Gerakan selepas keluar DAP tahun lalu, kini sah beralih menjadi ahli bersekutu PPBM.

Gerakan menyertai Perikatan Nasional yang ditunjangi PPBM pada 11 Feb.

Sivasubramaniam menyertai PPBM Disember lalu, namun keahliannya hanya dilaporkan hari ini.

Pengerusi Gerakan Perak, See Tean Seng berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, baik oleh PPBM mahupun Sivasubramaniam.

“Saya hanya mengetahui perkara itu selepas membaca laporan media hari ini,” katanya kepada FMT.

Jelas terkejut dengan perkembangan itu, See ketika ditanya apakah tindakan susulan berkata pihaknya serah kepada pimpinan pusat.

“Saya tidak boleh nak komen lanjut mengenai tindakannya, biarlah pusat yang membuat kenyataan selepas ini,” katanya.

Setiausaha PPBM Perak, Zainol Fadzi Paharuddin, memaklumkan kepada FMT bahawa Sivasubramaniam kini ahli bersekutu Ipoh Barat.

Sivasubramaniam mengumumkan menyertai Gerakan pada Jun lalu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo