NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Boleh nikah bersemuka bermula 8 Mac



Oleh Arrazzaq Nazri

SHAH ALAM- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah secara bersemuka bermula 8 Mac ini.

Pihak JAIS berkata, kebenaran diberikan sebagai susulan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini yang berkuat kuasa pada 5 Mac.

“Bagaimanapun, ia tertakluk kepada jumlah kehadiran yang ditetapkan iaitu hanya 15 orang dibenarkan di masjid dan surau.

“Masing-masing 20 orang untuk majlis di rumah dan premis berbayar serta enam di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan JAIS,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Sebelum ini majlis akad nikah dilaksanakan secara sidang video sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, akad nikah di Selangor secara dalam talian diperkenalkan dalam tempoh PKP pada 20 April tahun lalu. -BebasNews

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo