NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Disebalik Keputusan UMNO, Bersatu Fokus Perkasa PN

4 MAC: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandang serius terhadap kandungan surat dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana akan memberi implikasi yang besar terhadap kerjasama antara parti berkenaan, UMNO dan Perikatan Nasional (PN) .

Setiusaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Bersatu juga memutuskan untuk terus fokus memperkasakan gerak kerja bersama rakan-rakan dalam parti PN iaitu PAS, STAR, SAPP dan Gerakan berlandaskan perjuangan yang jujur dan ikhlas kepada rakyat bagi memenangi pilihanraya akan datang.

Hamzah berkat, Bersatu juga berpendirian bahawa Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin masih utuh dan berfungsi untuk memberi khidmat kepada rakyat.

“Bersatu juga menzahirkan kesyukuran atas kejayaan Kerajaan Perikatan Nasional menempuhi tempoh satu tahun mentadbir negara.

“Sepanjang tempoh pentadbiran satu tahun itu, Kerajaan PN telah berjaya menjulang prinsip-prinsip urus tadbir kerajaan yang baik, telus serta berintegriti terutamanya dalam memelihara kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.

“Dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan situasi ekonomi yang mencabar, kestabilan politik adalah amat penting bagi memastikan segala perancangan kerajaan dapat direalisasikan dengan berkesan.

“Justeru, Bersatu mengucapkan terima kasih kepada semua parti politik yang setia dan istiqomah dalam mendokong serta mempertahankan aspirasi kerajaan PN,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri Mesyuarat Ahli MPT yang dipengerusikan oleh Muhyiddin selama lebih dua jam di sebuah hotel di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, menurut sumber, Mesyuarat MPT Bersatu hari ini memutuskan bahawa parti itu akan terus bekerjasama dengan UMNO sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sumber berkata mesyuarat berkenaan juga bersetuju supaya Bersatu memperkukuhkan lagi hubungan dan kerajaan dengan parti komponen Perikatan Nasional (PN) lain terutama PAS.

“Dalam mesyuarat berkenaan YAB Presiden juga meminta semua Ahli MPT Bersatu supaya dapat bekerja keras bagi membantu rakyat di peringkat akar umbi yang dalam kesusahan akibat penularan wabak Covid-19 sekarang.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin juga meminta Ahli MPT supaya melipat ganda usaha untuk memperkukuhkan jentera dan menambah sebanyak mungkin cawangan Bersatu di seluruh negara sebagai persiapan menghadapi PRU-15 nanti,” katanya.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/03/04/disebalik-keputusan-umno-bersatu-fokus-perkasa-perikatan-nasional/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo