NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN tubuh pasukan khas, jadi suara semak imbang buat rakyat



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menubuhkan pasukan khas yang dianggotai oleh pakar, ahli akademik dan tokoh masyarakat.

Menurut satu kenyataan media, penubuhan pasukan khas atau task force itu adalah sebagai insiatif untuk terus menjadi suara semak dan imbang bagi pihak rakyat.

“Ia adalah berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam aspek dasar dan polisi yang berkepentingan rakyat.

“Penubuhan itu juga adalah kata persetujuan daripada Dewan Tertinggi BN yang telah bermesyuarat pada 3 Mac lalu,” jelas kenyataan itu.

Antara yang dilantik ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Ketua Pasukan Khas Pendidikan dan Datuk Seri Azalina Othman Said selaku Ketua Pasukan Khas Demokrasi dan Perundangan.

Selain itu, Datuk Johari Abdul Ghani diangkat sebagai Ketua Pasukan Khas Ekonomi, manakala Tuan Mosinal @ Richard Kastum dipilih sebagai Ketua Pasukan Khas Perpaduan Nasional dan Datuk Sivarraajh Chandaran untuk jawatan Ketua Pasukan Khas Undi Automatik 18 Tahun.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo