Belum Terlambat Ahli Umno Buat Keputusan Tepat



"PAU kali ini mempunyai makna yang besar kepada hala tuju dan jatuh-bangunnya UMNO dalam politik negara. Daripada beberapa kajian yang dijalankan kerjasama UMNO dengan BERSATU dan PAS akan memberikan ruang dan peluang yang lebih terjamin bagi survival UMNO dalam struktur baru politik Malaysia. Malangnya, Majlis Tertinggi UMNO dikatakan bertindak melawan arus dengan membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU 15 tatkala orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya mendambakan perpaduan. Masih belum terlambat untuk ahli-ahli UMNO membuat keputusan yang tepat yang selari dengan hasrat majoriti rakyat yang mahu melihat penyatuan dan kestabilan politik demi kepentingan bangsa dan negara seluruhnya. Janganlah kerana berebut kerusi dan kuasa di negeri tertentu atau kerana berebut jawatan tertentu maka seluruh negara akhirnya tergadai."

PEMIMPIN BERDEPAN DAKWAAN RASUAH TIDAK DITERIMA RAKYAT
"Pengajaran besar mesti diambil daripada kekalahan UMNO menguasai pimpinan negara dalam PRU ke-14, 2018 adalah mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa. Sama ada seseorang pemimpin itu sudah dijatuhkan hukuman atau tidak oleh mahkamah adalah tidak penting, tetapi apa yang lebih penting adalah persepsi rakyat dan para pengundi terhadap pemimpin yang ada kaitan dengan dakwaan rasuah. Persepsi rakyat terhadap seseorang pemimpin akan menentukan keputusan di peti undi. Ahli dan pimpinan UMNO mesti sedar bahawa secara majoritinya pemimpin yang berdepan dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa tidak akan diterima oleh rakyat. Persoalan ini tidak boleh disangkal kerana rasionalnya rakyat sudah muak dan benci dengan pimpinan yang rendah integriti dan nilai moralnya."
 
UMNO SUKAR DIHORMATI JIKA SUKAR DIPEGANG JANJINYA
"Begitu juga dengan disiplin parti dalam UMNO di mana banyak berlegar dakwaan pemimpin tinggi UMNO sendiri melanggar keputusan parti “No DAP, No Anwar.” Jika tiada sebarang penegasan dibuat terhadap tindakan melanggar disiplin parti ini maka sudah tentulah UMNO akan sukar untuk dihormati kawan dan lawan kerana sukar dipegang janjinya."

(Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid, Universiti Malaysia Sabah)

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post