NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Naib Presiden UPKO sertai STAR



7 MAC: Bekas Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Lucas Umbul, hari ini mengumumkan keluar parti berkenaan dan menyertai Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR).

Penyertaan Lucas ke dalam STAR itu disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook SABAHitz ONLINE TV dan turut dihadiri Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan

Lucas dalam sidang medianya mengesahkan beliau menyertai STAR secara sukarela dan tanpa sebarang paksaan

“Saya menyertai STAR tanpa paksaan, ia adalah kerelaan kami untuk menyertai STAR yang dipimpin Jeffrey.

“Kami mahu membantu STAR berkembang di Tenom, bukan saja di kalangan orang asal tetapi juga masyarakat keseluruhannya tanpa mengira latar belakang agama dan sebagainya,” kata Lucas dalam ucapannya sempena majlis itu.

Lucas yang sebelum ini turut memegang jawatan ketua bahagian UPKO Tenom menjadi calon parti itu di kerusi Kemabong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon bebas, Rubin Balang dalam pertandingan enam penjuru.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo