NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa Yang Sukar Untuk Penyatuan?

Allah SWT. Memerintahkan Supaya Hamba-Nya Bersatu Dan Mengikat Kukuh Perpaduan Itu Dengan Tali-Nya


Oleh : Nasrudin bin Hassan

Yang DiPertua YADIM
https://m.facebook.com/bayaanulmubin

Firman Allah SWT:

ŁˆَŲ§Ų¹ْŲŖَŲµِŁ…ُŁˆŲ§ ŲØِŲ­َŲØْŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁَŲ±َّŁ‚ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ§Ų°ْŁƒُŲ±ُŁˆŲ§ Ł†ِŲ¹ْŁ…َŲŖَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ Ų„ِŲ°ْ ŁƒُŁ†ŲŖُŁ…ْ Ų£َŲ¹ْŲÆَŲ§Ų”ً ŁَŲ£َŁ„َّŁَ ŲØَŁŠْŁ†َ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁƒُŁ…ْ ŁَŲ£َŲµْŲØَŲ­ْŲŖُŁ… ŲØِŁ†ِŲ¹ْŁ…َŲŖِŁ‡ِ Ų„ِŲ®ْŁˆَŲ§Ł†ًŲ§ ŁˆَŁƒُŁ†ŲŖُŁ…ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ų“َŁَŲ§ Ų­ُŁْŲ±َŲ©ٍ Ł…ِّŁ†َ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±ِ ŁَŲ£َŁ†Ł‚َŲ°َŁƒُŁ… Ł…ِّŁ†ْŁ‡َŲ§ ŁƒَŲ°َٰŁ„ِŁƒَ ŁŠُŲØَŁŠِّŁ†ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł„َŁƒُŁ…ْ Ų¢ŁŠَŲ§ŲŖِŁ‡ِ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ْ ŲŖَŁ‡ْŲŖَŲÆُŁˆŁ†َ


“Berpegang teguhlah kamu dengan TALI ALLAH (Al Quranul Kareem) dan janganlah kamu berpecah belah”.

“dan ingatlah olehmu akan nikmat Allah ke atas kamu, tatkala kamu dulunya saling BERMUSUHAN maka Allah SWT telah menyatukan hati-hati kamu, maka dengan nikmat-Nya itu kamu BERSAUDARA.”

“sedang kamu berada di jurang api neraka, maka Ia (Allah) telah MENYELAMATKAN kamu daripadanya. Demikianlah Allah SWT menjelaskan kepada kamu tanda-tanda keagungan-Nya. Mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk.”

Surah Aali Imran : 103

1. Demikian nas dari penyata wahyu yang menjadi pekeliling buat seluruh umat manusia.

2. ALLAH SURUH kita sebagai umat Islam agar bersatu dan kesatuan itu mesti diikat dengan tali yang kukuh. Sementara itu, tiada tali yang kukuh melainkan hanya Tali Allah SWT.

3. Mudahnya, Allah suka kita bersatu dan marah-Nya bukan kepalang kepada mereka yang berpecah dan menjadi EJEN yang memecah belahkan kesatuan umat Islam.

4. Sebetulnya, tiada sebab untuk umat Islam berpecah, justeru selayaknya mereka menjadi umat yang KUAT dan HEBAT. Sedang tiadalah kekuatan dan kehebatan melainkan umat Islam bersatu dan menghentikan PERSENGKETAAN.

Firman Allah SWT.

‎ŁˆَŲ£َŲ·ِŁŠŲ¹ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„َŁ‡ُ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ†َŲ§Ų²َŲ¹ُŁˆŲ§ ŁَŲŖَŁْŲ“َŁ„ُŁˆŲ§ ŁˆَŲŖَŲ°ْŁ‡َŲØَ Ų±ِŁŠŲ­ُŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ§ŲµْŲØِŲ±ُŁˆŲ§ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł…َŲ¹َ Ų§Ł„ŲµَّŲ§ŲØِŲ±ِŁŠŁ†َ

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu bersengketa, kelak kamu akan BINASA dan hilang kekuatan dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran) sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”

Surah Al Anfaal 46

5. Samaada NGO mahupun parti politik yang mewakili umat Islam wajar memiliki “MEJA BULAT” untuk mereka berbincang mencari persefahaman, meredakan ketegangan, mengelakkan perselisihan, menghilangkan keraguan, menambat persaudaraan dan memperkukuhkan kerjasama.


6. Asas ke arah penyatuan itu telah sedia wujud. Apalah yang SUKAR dan SUSAH untuk menyatukannya. Hanya perlu _lapang dada, bertolak ansur, singkir kepentingan diri serta fikir kepentingan ummah dan masa depan negara._

7. Parti Islam Se Malaysia (PAS), pada bait pertama lagu rasminya telah menyeru “BERSATULAH WAHAI KAUM MUSLIMIN”.

8. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), juga meletakkan pada bait pertama lagu rasminya “BERSATU KITA BERSATU”

9. Parti Pribumi Bersatu Malaysia pula menjadikan seruan “BERSATU UNTUK MALAYSIA GEMILANG” sebagai bait kedua dalam lagu rasmi partinya.

10. Maksudnya, asas seruan ke arah penyatuan itu telah disuarakan oleh semua. Termasuk NGO-NGO Islam khasnya, saban ketika telah melantunkan seruan penyatuan ini melalui kongres rakyat, forum perpaduan ummah dan sebagainya.

11. Justeru itu, dimanakah ARAL yang menyulitkan perpaduan ummah ini untuk menjadi satu realiti yang mapan dalam negara kita?

12. Atau kita masih terperangkap dalam PROPAGANDA golongan ANTI PERPADUAN?

13. Pastinya golongan ini yang paling gembira atas KEGAGALAN umat Islam mencari titik temu dalam mengurus perbedaan dan pertikaian dikalangan mereka.

14. Mengusahakan perpaduan ummah ini memerlukan PENGORBANAN perasaan dan kepentingan. Tidak semua perkara yang kita mahu itu boleh dimiliki. Sebagaimana apa yang kita miliki itu bukanlah semua dari apa yang kita mahu.

15. BERJIWA BESAR dalam mendirikan SIKAP dan mengambil PENDIRIAN semasa menghadapi sesuatu masalah, sangat membantu ke arah persefahaman dan kerjasama yang erat.

Insyaallah, Jiwa besar seperti ini akan MENGECILKAN keegoan dan jurang sengketa antara umat Islam. 

Melestari Gerakan Dakwah

Sekian.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo