NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 Mac : Mengenang Detik Hitam Umat Islam



Jatuhnya Kuasa Islam, Malapetaka Ummah

Detik 3 Mac pada tahun 1924 mengingatkan kita kepada kejatuhan Khilafah terakhir iaitu Khilafah Uthmaniyyah secara rasmi. Turki ynag ketika itu menjadi pusat pemerintahan kuasa tertinggi Islam diranapkan dengan :

1. Khilafah Sultan Abd Majid II dibuang negara.
2. Sistem Republik menggantikan sistem Khilafah.
3. Doktrin sekularisme menjadi asas pemerintahan ynag dilaksanakan.
4. Negara-negara Islam sebelum ini dibahagi-bahagi dan dimerdekakan mengikut pembahagian penjajah.

Islam sudah kehilangan tampuk pemerintahan atau kekuasaan tertinggi. Kerajaan Islam berpusat sudah dilenyapkan oleh perancangan jahat musuh luaran dan dalaman.

Ini merupakan malapetaka bagi ummah dan ia mengingatkan kepada amaran Rasulullah SAW berkenaan terlerainya ikatan Islam satu demi satu. Dirobek oleh musuh dan dek kerana kelemahan dalaman umat yang menolak Islam serta tidak meyakini sistem dalam Islam.

Abi Umamah Al-Bahili berkata Nabi SAW bersabda :

Ł„َŲŖَŁ†ْŁ‚ُŲ¶َŁ†َّ Ų¹ُŲ±َŁ‰ Ų§Ł„Ų„Ų³ْŁ„Ų§Ł…ِ Ų¹ُŲ±ْŁˆَŲ©ً Ų¹ُŲ±ŁˆŲ©ً ŁَŁƒُŁ„َّŁ…Ų§ Ų§Ł†ْŲŖَŁ‚َŲ¶َŲŖْ Ų¹ُŲ±ْŁˆَŲ©ٌ ŲŖَŲ“َŲØَّŲ«َ Ų§Ł„Ł†Ų§Ų³ُ ŲØŲ§Ł„ŲŖŁŠ ŲŖَŁ„ِŁŠŁ‡Ų§ ŁˆَŲ£َŁˆَّŁ„ُŁ‡ُŁ†َّ Ł†Ł‚Ų¶Ų§ً: Ų§Ł„Ų­ŁƒŁ…، ŁˆŲ¢Ų®ِŲ±ُŁ‡ُّŁ† Ų§Ł„ŲµŁ„Ų§Ų©

“Akan terlerai satu persatu ikatan-ikatan Islam, maka setiap kali terlerai satu ikatan maka akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Ikatan pertama yang akan terlerai ialah pemerintahan dan akhir sekali ialah solat.” – dalam Musnad Ahmad

Jatuhnya Islam Apabila Ummah Memilih Acuan Barat

Syeikhul Islam terakhir, Syeikh Mustafa Sabri memberikan peringatan keras di kala umat Islam mula diresapi doktrin sekularisme, acuan Barat, dalam mengasingkan agama dan politik.

Tegas beliau bahawa :

"Jalan pintas untuk keluar agama (murtad) ialah dengan sekular"

Ini kerana Islam agama yang syumul. Menjuzuk juzukkan Islam seperti pengasingan agama dan politik adalah bahana di mana ummah termakan dengan racun Barat.

Musuh Barat menanam racun sekularisme yang akhirnya ummah sendiri termakan dengan momokan :

1. Agama penyebabkan kemunduran dan jumud.
2. Agama menyulitkan dan menyempitkan urusan politik.
3. Agama mengekang pemikiran dan kemahuan manusia.

Lantas ummah diheret menjadikan "Rumah Putih" sebagai kiblat kehidupan mereka. Mengaku muslim namun berintima' dengan halatuju musuh Islam. Nasihat Syeikh Mustafa Sabri merupakan nasihat agung, ketegasan yang tiada tolok bandingnya demi menyelamatkan akidah ummah dan mempertahankan khilafah.

Watak "Muslim" Pengkhianat Sebagai Peringatan Sepanjang Zaman

Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah juga tidak sunyi dari "musuh dalam selimut" dan "gunting dalam lipatan". Musuh dalaman menjadi ujian besar kepada khilafah apabila berlakunya Pemberontakan Arab (Ų§Ł„Ų«Ų±ŁˆŲ© Ų§Ł„Ų¹Ų±ŲØŁŠŲ© Ų§Ł„ŁƒŲØŲ±Ł‰).

Sharif Hussein atau dikenali Hussein McMahon yang gila jawatan dengan merasakan dirinya lebih layak berada di tampuk pemerintahan Khilafah telah mengadakan rundingan sulit dan perjanjian pintu belakang dengan Sir Henry McMahon pada 1915 bagi mencapai tujuan nafsu iaitu dijanjikan takhta kepada Sharif Hussein sekiranya Khilafah sedia ada dijatuhnya dengan syarat Sharif Hussein mesti membawa negara-negara Arab berpaling dari Turki yang menjadi khalifah.

Pemberontokan yang berlaku setahun selepas itu iaitu pada 1916 dengan racun nasionalisme menyaksikan negara-negara Arab dihasut untuk keluar dari khalifah Islamiyah yang berpusat di Turki dengan racun :

1. Nasionalisme, sentimen perkauman Arab menolak bangsa Turki iaitu bangsa Atrak.
2. Negara Arab berdiri dengan sendiri tanpa perlu kepada sistem khilafah yang berpusat di Turki.
Wajah pengkhianat selayaknya adalah kalangan munafik sekalipun mereka mengaku sebagai muslim. Bahaya mereka kerana bermuka-muka. Menjadikan ummah tertipu dengan luaran yang diperlihatkan "kebaikan" namun sebaliknya racun yang sangat berbisa.

Firman Allah SWT :

ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ł„َŁ‚ُŁˆŲ§۟ Ł±Ł„َّŲ°ِŪŒŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆŲ§۟ Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆۤŲ§۟ Ų”َŲ§Ł…َŁ†َّŲ§ ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų®َŁ„َŁˆۡŲ§۟ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ Ų“َŪŒَŁ€ٰŲ·ِŪŒŁ†ِŁ‡ِŁ…ۡ Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆۤŲ§۟ Ų„ِŁ†َّŲ§ Ł…َŲ¹َŁƒُŁ…ۡ Ų„ِŁ†َّŁ…َŲ§ Ł†َŲ­ۡŁ†ُ Ł…ُŲ³ۡŲŖَŁ‡ۡŲ²ِŲ”ُŁˆŁ†َ
Maksudnya :

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". - Surah al-Baqarah : 14

Semangat Melulu Tanpa Pedoman Agama Membawa Kehancuran

Khilafah Uthmaniyyah juga berhadapan dengan gelombang anak muda yang ketika itu bersemangat namun terpengaruh dengan kebangkitan di Barat. Berlakunya Revolusi Anak Muda Turki (Ų«ŁˆŲ±Ų© ŲŖŲ±ŁƒŁŠŲ§ Ų§Ł„ŁŲŖŲ§Ų©) pada tahun 1908.

Gelombang anak muda yang bersemangat melulu ini mendesak tuntutan penurunan atau perletakkan jawatan oleh Sultan Abdul Hamid II dan digantikan dengan lain. Kejayaan revolusi ini mewujudkan demontrasi jalanan secara besar-besaran yang memberikan tekanan pada pihak pemerintah ketika itu.
Ia merupakan perancangan dari gerakan Freemason yang menubuhkan gerakan Turki Muda (The Young Turks) pada 1860. Bermula dengan penguasaan mereka ke atas Dewan Menteri pada era Sultan Abdul Majid I (1839-1861), gerakan Freemason telah membolehkan mereka melakukan pembaharuan Perlembagaan Othmaniyah 23 Disember 1876, tiga bulan selepas Sultan Abdul Hamid II (1842-1918) berkuasa. Era ini telah mengubah Khilafah Othmaniyah dari sebuah kekhalifahan mutlak kepada khalifah berperlembagaan mulai 1876.

Antara kesan terbesar kejatuhan Sultan Abdul Hamid II pada 1909 ialah berakhirnya zaman pemerintahan Islam apabila Ittihad wat Taraqqi menjadikan sekular sebagai dasar negara yang baru. Dasar, undang-undang, mahkamah dan budaya telah diubah dari Islam kepada sekular.

Waspada Pemodenan Yang Diiktiraf Dari Musuh
Watak Mustafa Kamal at-Tartuk sinonim dengan kejatuhan Khilafah Islamiyah di Turki. Beliau menggantikan Sultan Abdul Hamid II dengan sistem Republik. Beliau merupakan Presiden pertama bagi Turki moden. Beliau membawa perubahan acuan Barat.

Merosakkan nilai Islam atas nama pemodenan. Beliau mendapat jolokan "Bapa Pemodenan" oleh pihak Barat. Hakikatnya perubahan ke arah pemodenan yang dilakukan adalah hanya untuk merosakkan dan menghancurkan Islam. Ummah diheret untuk tunduk kepada musuh. Islam tidak lagi menjadi keizzahan buat ummah namun pengiktiraf Barat yang dicari.

Sedangkan kemuliaan yang sebenar hak milik Allah dan Rasul-Nya. Berpaling dari-Nya adalah kehinaan bukan kemuliaan. Inilah peringatan yang diberokan oleh Allah yang menemplak silap golongan munafik sebagaimana di zaman Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT :

ŁˆَŁ„ِŁ„َّŁ‡ِ Ł±Ł„ۡŲ¹ِŲ²َّŲ©ُ ŁˆَŁ„ِŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ِŁ‡ِŪ¦ ŁˆَŁ„ِŁ„ۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِŁ†ِŪŒŁ†َ ŁˆَŁ„َŁ€ٰŁƒِŁ†َّ Ł±Ł„ۡŁ…ُŁ†َŁ€ٰŁِŁ‚ِŪŒŁ†َ Ł„َŲ§ ŪŒَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ

Maksudnya :
"Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." - [Surah Al-Munafiqun 8]

Musuh Tidak Akan Berhenti Melumpuhkan Kekuasaan Islam

Sejarah detik hitam umat Islam ini menyaksikan bahawa betapa musuh tidak pernah berhenti merancang dan merencana untuk melumpuhkan kekuasaan umat Islam. Ia dapat dilihat bagaimana perancangan Freemanson, Yahudi Zionist dalam menyerang dari sudut luar dan dalaman.

Malahan musuh ada masa bersikap lunak dengan tawaran sesuatu namun di sebaliknya berniat jahat. Sebagaimana tawaran Theodore Herzl terhadap Sultan Abdul Hamid II untuk membeli bahagian tanah di Bumi Palestin dengan tawaran nilai yang tinggi.

Umat Islam mesti berhati-hati dengan apa jua perancangan musuh yang pastinya mereka hanya mahukan agenda mereka berjaya.

Musuh akan berusaha untuk :
1. Melenyapkan kekuasaan pemerintahan Islam.
2. Mengekang kesatuan umat Islam.
3. Menjauhkan umat Islam dari panduan al-Quran dan as-Sunnah.
4. Mengaburi keinginan umat Islam terhadap kemewahan dunia.

Kesemuanya tersebut bagi menghilangkan identiti sejati umat Islam. Umat Islam sekalipun banyak tapi bagaikan buih di lautan sebagaimana peringatan Rasulullah SAW. Ini kerana mafhum dari hadith tersebut :

1. Musuh tidak gerun pada umat Islam lagi.
2. Umat Islam pula ditimpa penyakit al-wahn.

Firman Allah SWT :

ŁˆَŁ„َŁ† ŲŖَŲ±ۡŲ¶َŁ‰ٰ Ų¹َŁ†Łƒَ Ł±Ł„ۡŪŒَŁ‡ُŁˆŲÆُ ŁˆَŁ„َŲ§ Ł±Ł„Ł†َّŲµَŁ€ٰŲ±َŁ‰ٰ Ų­َŲŖَّŁ‰ٰ ŲŖَŲŖَّŲØِŲ¹َ Ł…ِŁ„َّŲŖَŁ‡ُŁ…ۡۗ Ł‚ُŁ„ۡ Ų„ِŁ†َّ Ł‡ُŲÆَŁ‰ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł‡ُŁˆَ Ł±Ł„ۡŁ‡ُŲÆَŁ‰ٰۗ ŁˆَŁ„َŁ‰ِٕŁ†ِ Ł±ŲŖَّŲØَŲ¹ۡŲŖَ Ų£َŁ‡ۡŁˆَŲ§ۤŲ”َŁ‡ُŁ… ŲØَŲ¹ۡŲÆَ Ł±Ł„َّŲ°ِŪŒ Ų¬َŲ§ۤŲ”َŁƒَ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„ۡŲ¹ِŁ„ۡŁ…ِ Ł…َŲ§ Ł„َŁƒَ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł…ِŁ† ŁˆَŁ„ِŪŒࣲّ ŁˆَŁ„َŲ§ Ł†َŲµِŪŒŲ±ٍ

Maksudnya :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." - [Surah Al-Baqarah 120]

Ke Arah Mengembalikan Khilafah
Dalam usaha mengembalikan khilafah ia bukanlah mustahil. Namun ia tidaklah rigid pada gambaran terdahulu. Mungkin gambaran modennya berbeza namun dasar khilafahnya sama. Ini sebagaimana ya g dinyatakan oleh Dr Muhammad Immarah dalam kitannya " 'Ihya' al-Khilafah, Haqiqah Am Khayyal" dengan menukilkan kajian dari tesis Dr Abdul Razaq as-Sanhuri dengan katanya :

1. Menyelaraskn sumber pemerintahan dan dasar hukum kesemua negara-negara Islam.

2. Melantik seorang pemerintah tertinggi kalangan pemimpin-pemimpin negara Islam.

Apa jua bentuk gambar, usaha menegakkan syariat Islam dan mendaulatkannya merupakan kewajipan besar bagi umat. Umat Islam yang mengaku Islam namun menjadi hambar ideologi Barat disebut oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali sebagai Ų¹ŲØŁŠŲÆ Ų§Ł„ŁŁƒŲ± Ų§Ł„ŲŗŲ±ŲØŁŠ.

Dr Muhammad Immarah juga menukilkan pandangan Imam Hassan al-Banna dalam usaha mengembalikan Khalifah ini dengan pandangannya :

1. Mewujudkan kerjasama antara negara Islam dari sudut ekonomi, tahqafah, kebudayaan dan lain-lain.
2. Menjadi Bahasa Arab bahasa pengantara utama kerana ia juga bahasa sumber agama.
.
Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo