Responsive Ad Slot

3 Kesilapan Besar Datuk Seri Zahid Hamidi: Kamarazaman Yaacob

"Datuk Seri Zahid adalah sahabat saya, seperti juga Datuk Seri Anwar, tetapi saya rasa Datuk Seri Zahid telah melakukan 3 kesilapan besar.

Kesilapan pertama Datuk Seri Zahid ialah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan Ahli-Ahli Parlimen UMNO bersamanya memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar untuk membolehkan Datuk Seri Anwar menjadi PM 9. Hakikat sebenar adalah di sebaliknya.

Kesilapan kedua Datuk Seri Zahid ialah membuat keputusan dan kenyataan kononnya Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU semasa PRU 15 nanti dan UMNO menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan majoriti menyatakan pendirian di sebaliknya.

Kesilapan ketiga Datuk Seri Zahid ialah menyatakan BN bersetuju memutuskan hubungan dengan BERSATU. Reaksi dari kenyataan itu ialah bantahan daripada MCA, MIC dan PBRS.

Bila Datuk Seri Shahidan dan Datuk Seri Bung Mokhtar membuat kenyataan menyanggah keputusan Datuk Seri Zahid berhubung kerjasama dengan BERSATU, maka itu adalah permulaan Datuk Seri Zahid menghadapi tentangan anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO secara terbuka.

Bila kenyataan terbuka Datuk Seri Shahidan dan Datuk Seri Bung Mokhtar bersambut kenyataan Tun Musa Hitam dan Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri maka rasanya semakin banyak peluru akan dihala ke arah Datuk Seri Zahid.

Saya percaya, rantaian peluru kalaupun tidak bertihan peluru, akan menghala ke arah Datuk Seri Zahid menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 27-28 Mac nanti. Mungkin berlaku tekanan semasa Perhimpunan Agung UMNO supaya Datuk Seri Zahid melepaskan jawatan. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Membariskan kesilapan-kesilapan Datuk Seri Zahid, yang disokong oleh kenyataan Datuk Seri Shahidan, Datuk Seri Bung Mokhtar, Tun Musa Hitam dan Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri, saya percaya Datuk Seri Zahid dalam keadaan defensif. Dia bukan sahaja tidak mampu menyerang, malah terpaksa menepis serangan yang boleh melemahkan seluruh tenaganya."

(Pandangan aktivis politik veteran, Kamarazaman Yaacob, mengenai Datuk Seri Zahid Hamidi dalam WhatsApp Group Bicara Minda Malaysia pada pagi ini).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo