NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita Hadir Upacara Pengebumian Cetus Kluster Baru Di Sipitang


KOTA KINABALU – Wanita berusia 27 tahun yang menghadiri upacara pengebumian menjadi kes indeks kluster di Sipitang.

Dia yang mengalami simptom virus itu didapati positif Covid-19 di Hospital Kota Belud pada 27 Januari lalu , selepas hadir ke upacara itu di Kampung Samin, Sipitang.

Jurucakap Sabah Covid-19 Datuk Seri Masidi Manjun berkata, wanita itu adalah antara individu yang dikesan dalam kluster baharu di Kampung Samin, hari ini yang kini sudah mencatatkan 28 kes kumulatif.

Menurutnya, kluster baharu lain iaitu di Kampung Padas Damit di Beaufort pula mencatatkan 32 kes dengan kes indeksnya dikesan selepas dimasukkan ke wad pada 24 Januari lalu.

Katanya, satu lagi kluster baharu dikesan di Ladang Sungai Pin di Kinabatangan yang kini sudah mencatatkan 26 kes.

“Hari ini, jumlah kes positif Covid-19 baharu adalah 276 dengan 174 kes atau 63 peratus daripadanya disebabkan oleh kontak rapat.

“Kapasiti katil di hospital Covid-19 adalah 1,088, manakala di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) PKRC) adalah 4,033 unit dan 1,000 katil di pusat tahanan sementara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Masidi, kadar penggunaan katil untuk pesakit terbabit adalah 33.25 peratus.

Katanya, PKRC di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Sheng di Kunak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Putih serta pusat tahanan sementara di Sandakan ditutup.

“Bagi penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula, ia berada pada kadar 79 peratus dengan 91 orang ditempatkan daripada 115 katil yang tersedia di negeri ini,” katanya. – HMetro

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo