NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Program 5MY ringan beban golongan miskin bandar



Oleh HUSSAINI AMRAN

31 JAN: Program Kemiskinan Bandar (5MY) yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan telah memberi manfaat kepada lebih 35,000 orang dan ketua isi rumah serta 331 perumahan kos rendah di Kuala Lumpur setakat tahun lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan langsung itu disampaikan melalui inisiatif MYJobs@Wilayah, MYGrocer@Wilayah, MYSchoolBus@Wilayah, MYMedic@Wilayah dan MYFood@Wilayah.

Beliau difahamkan, Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Program MYJobs@Wilayah telah menyediakan sehingga 3,259 pekerjaan di ibu kota iaitu 28 peratus lebih tinggi daripada sasaran asal manakala inisiatif pengambilan pekerjaan adalah meliputi pelbagai sektor dan industri.

“Inisiatif MYSchoolBus@Wilayah telah memberi bantuan kepada seramai 9,704 murid di 67 kawasan perumahan awam kos rendah yang melibatkan 94 orang pengendali bas sekolah.


“MYMedic@Wilayah pula adalah perkhidmatan klinik bergerak yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan asas secara percuma kepada warga kota yang kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah di Kuala Lumpur,” katanya ketika melancarkan Program 5My secara maya, malam ini.
BERITA YANG BERKAITAN


1, Feb 2021


1, Feb 2021


1, Feb 2021

Pelancaran itu adalah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan esok.

Muhyiddin menambah, MYGrocer@Wilayah pula adalah inisiatif yang berkonsepkan pasar bergerak ke kawasan perumahan kos rendah melalui perjualan barang basar dan keperluan harian pada harga 5 peratus hingga 20 peratus lebih murah daripada harga di pasar awam.

Beliau memberitahu, sehingga kini, trak MyGrocer telah bergerak ke 30 lokasi Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur.

“Manakala MYFood@Wilayah adalah konsep bantuan bakul makanan yang berisi keperluan harian kepada golongan miskin bandar dan kini telah memanfaatkan seramai 32,000 ketua isi rumah di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Perdana Menteri berkata, bagi menambah baik inisiatif-inisiatif murni ini, Kementerian Wilayah Persekutuan akan melipatgandakan usaha dengan meneliti semula sasaran penerima bantuan bagi mengelakkan individu yang layak tidak tercicir kerana pada masa ini bantuan lebih banyak diberikan kepada penghuni PPR dan Perumahan Awam.

Beliau turut mengumumkan pelaksanaan Program MYBeras@Wilayah di mana sebanyak 5,750 kampit beras akan disumbangkan secara percuma setiap minggu kepada penduduk dari kumpulan keluarga B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula hari ini. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo