NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Respon kesalahan liwat bawah undang-undang syariah terbatal di Selangor

Penghakiman mahkamah persekutuan hari ini antara lain memutuskan Dewan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa membuat undang undang kesalahan jenayah syariah berkaitan dengan liwat.

Walaupun perlembagaan menyatakan ‘kesalahan melanggar perintah agama Islam’ adalah bidangkuasa DUN tetapi ia mesti tidak termasuk di dalam senarai persekutuan yang menyatakan jenayah adalah bidangkuasa Persekutuan.

Oleh itu seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Kedudukan undang-undang syariah berkaitan liwat bagi negeri lain selain Wilayah Persekutuan juga adalah terjejas. Hal ini sangatlah mendukacitakan.

Walaupun mahkamah hanya menyatakan s28 tersebut sahaja tidak sah tetapi ia akan membuka ruang pada masa hadapan untuk dicabar peruntukan jenayah syariah yang lain.

Saya sedang memikirkan langkah proaktif bagi membetulkan keadaan ini dari sudut aplikasi undang undang syariah dalam kerangka untuk mengarusperdana syariah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo