NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Papan kekunci mekanikal: Bagaimana ia berfungsi?

Papan kekunci mekanikal atau mechanical keyboard merupakan papan kekunci yang popular digunakan oleh para penggemar permainan video. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika mereka mengetahui serba sedikit bagaimana ia berfungsi. Namun, bagaimana pula dengan pengguna biasa seperti kita? Artikel ini akan menerangkan sedikit berkenaan ini.

Kesemua papan kekunci komputer nampak sama sahaja bukan? Daripada huruf abjad, nombor sehinggalah kepada simbol-simbol. Kesemuanya sama sahaja. Walaupun luaran mereka nampak sama, namun perbezaan nyata antara papan-papan tersebut adalah dari dalam.

Terdapat dua jenis papan kekunci yang berada di pasaran iaitu yang mempunyai suis membrain dan suis mekanikal. Suis membrain adalah jenis yang mudah didapati. Ia mempunyai komponen getah di bawahnya dimana apabila ia ditekan, suis tersebut bersambung secara elektrikal dengan wayar di dalam papan tersebut.

Namun, rekaan ini tidak mampu memberikan rasa taktil yang memuaskan serta bunyi maklum balas yang boleh didengari walaupun ianya murah serta tahan tumpahan cecair.


Mekanisma kekunci suis
Seperti yang disebut, perbezaan nyata papan kekunci mekanikal dan papan kekunci yang lain adalah dari segi rekaan suis atau kekunci tersebut. Rekaan kekunci mekanikal mempunyai sebuah serampang (prong) dan sebuah spring yang terbina dari dalam.

Apabila kekunci tersebut ditekan, serampang yang berada di dalam akan bergerak dan secara langsung melengkapkan hubungan komponen tersebut dan menghidupkan sambungan elektrik.

Apabila jari kita dilepaskan, spring tersebut akan menolak kembali kekunci kepada kedudukan yang asal sehingga serampang tidak lagi bersambung antara satu sama lain seterusnya mematikan sambungan itu. Untuk memahami lebih lanjut, boleh rujuk kepada gif di bawah;




Animasi yang menunjukkan bagaimana komponen dalam suis mekanikal berfungsi. Sumber: Cherry

Jenis-jenis papan kekunci mekanikal
Terdapat tiga jenis papan kekunci mekanikal yang berada di pasaran iaitu suis linear, suis taktil dan suis klik. Syarikat yang popular dengan rekaan suis mekanikal ialah syarikat Cherry yang berpangkalan di Jerman;

Suis linear – Mekanisma yang paling mudah iaitu boleh bergerak atas ke bawah dengan begitu lancar tanpa ada maklum balas taktil (tactile feedback) atau bunyi ‘klik’. Selain itu, pergerakan suis yang lancar ini juga memberikan kita pergerakan yang pantas atau rapid actuation.

Suis taktil – Mekanisma ini akan memberikan rasa maklum balas taktil. Jenis suis ini amat sesuai untuk tujuan menaip kerana kita dapat ‘rasa’ maklum balas tersebut apabila menekan sesuatu suis.

Suis klik – Mekanisma suis ini sama seperti mekanisma suis taktil, cuma ianya menghasilkan bunyi ‘klik’ yang lebih memuaskan.

Untuk memahami lebih lanjut, boleh rujuk kepada gif perbezaan tiga jenis suis mekanikal di bawah;

Animasi yang menunjukkan perbezaan tiga jenis suis yang utama iaitu suis linear, taktil dan klik. Sumber: Cherry

Ciri-ciri papan kekunci mekanikal
Apakah ciri-ciri utama yang membezakan papan kekunci mekanikal dan papan kekunci yang biasa?

Perasaan menekan yang lebih padat/pejal – Suis mekanikal lebih pejal untuk ditekan berbanding suis biasa.

Bunyi suis yang kuat – Walaupun kekuatan bunyi adalah berbeza antara jenis suis (taktil, linear dan klik), namun secara jelas mereka menghasilkan bunyi yang lebih kuat berbanding suis biasa.

Berat – Kebiasaan papan kekunci ini mempunyai berat dalam lingkungan 1kg dan keatas.
Tahan lama – Ianya sudah terbukti bahawa papan kekunci jenis ini leih tahan lama berbanding papan kekunci yang biasa.

Rujukan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo