NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kuasa politik peribumi penting dalam PRU15

Oleh Ruhanie Ahmad

KUASA undi Bumiputera, Melayu dan Muslim sangat penting untuk menjamin dan memelihara keselamatan politik Peribumi dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).

Untuk mencapai matlamat ini, Peribumi perlu mengambil iktibar dari corak dan kesan pengundian mereka dalam PRU14 yang membolehkan Pakatan Harapan (PH) menjadi pemerintah Malaysia selama 22 bulan.

Satu, PRU14 menyebabkan Malaysia, buat pertama kalinya, diperintah oleh kerajaan yang bukan berindukkan parti Peribumi, seperti UMNO dalam kerajaan BN.

Ini disebabkan PKR yang menguasai kerusi terbesar dalam Parlimen Malaysia bukannya parti Melayu, tetapi parti politik berbilang keturunan.


DAP yang menguasai jumlah kerusi kedua terbesar di Parlimen adalah parti yang mendakwa berbilang keturunan, tetapi didominasikan keturunan Cina.

BERSATU selaku parti Peribumi, hanya menguasai tempat ketiga dalam kedudukan kerusi PH di Parlimen. Namun perjuangannya untuk Peribumi dan Islam dihimpit oleh dua parti di atas.

AMANAH selaku parti Islamis pula kelihatan terkontang-kanting dan terkongkong kerana ikatan mesranya dengan dua parti yang sama.

Akibatnya, PH jadi parti pemerintah yang tidak sehaluan, kerajaan yang tidak berpaksikan kuasa Peribumi dan rejim yang kelihatan kurang mesra dengan agenda Peribumi.

Dua, sehubungan semua kesan di atas, BERSATU berikhtiar untuk mencari jalan keluar daripada PH dengan beberapa objektif khusus.

Antaranya, untuk menubuhkan kerajaan Malaysia yang berteraskan kuasa politik Peribumi; untuk memelihara kepentingan sosioekonomi Peribumi; dan untuk memelihara hak Peribumi dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam konteks Malaysia yang majmuk.

Namun usaha murni ini membawa implikasi yang menyebabkan kewujudan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi kerajaan yang terfitnah, diporak-perandakan dan dipersendakan.

Tiga, akibatnya, fitnah di atas menyebabkan Peribumi lebih diadu-dombakan oleh pelbagai pihak, termasuk kumpulan ‘gila kuasa’, pelbagai bentuk tangan ghaib dan juga tentera siber upahan yang fungsinya adalah melumpuhkan kuasa politik Peribumi.

Empat, dengan itu, Peribumi akar-umbi di seluruh negara mesti gunakan kuasa undi mereka mulai sekarang untuk ‘mengugut’ dan mendesak seluruh pemimpin Peribumi yang anti-penyatuan politik Peribumi supaya bersatupadu demi Peribumi dalam Malaysia yang majmuk.

Lima, gerakan ‘mengugut’ pemimpin Peribumi yang anti penyatuan kuasa politik Peribumi ini perlu dimulakan sekarang, demi Peribumi dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Hakikatnya demikian sebab PRU14 menghasilkan kerajaan yang tidak perpaksikan Peribumi, dan kerajaan seperti ini tidak boleh memerintah Malaysia yang majmuk.

Ini hakikat yang tidak boleh dinafikan sebab kemajmukan Malaysia mempunyai Peribumi selaku bangsa terasnya. Maksudnya, Peribumi adalah penduduk asal Malaysia dan merupakan 69 peratus daripada rakyat Malaysia.

Jangan sia-siakan hakikat 69 peratus dan status bangsa teras ini demi keselamatan kuasa Peribumi menerusi PRU15.

Datuk Dr Ruhanie Ahmad, a former Member of Parliament for Parit Sulong Johore (1990-2004), holds a PhD in strategic and security studies. He was a journalist with the New Straits Time Press (1973-1982) before serving Tun Musa Hitam as his Political Secretary at the Ministry of Home Affairs (1982-1987). He has wide exposures in local, regional and Commonwealth politics. Currently, he focuses on political and identity security in Malaysia and their implications on the country’s state-making and nation-building processes.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo