NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelebihan Tempoyak Kepada Kesihatan

Tempoyak adalah makanan tradisi orang Melayu sejak berkurun-kurun lamanya. Ia adalah makanan yang dibuat daripada isi buah durian yang di peram bersama garam. Ia boleh disimpan untuk masa yang panjang dan tidak akan busuk atau rosak. 
.
Tempoyak mempunyai rasa yang masam dan bau yang sangat kuat. Ia juga adalah sejenis makanan yang istimewa di Malaysia terutama di Negeri Sembilan dan Pahang.
.
Tempoyak biasanya akan di jadikan sambal dengan mencampurkan dengan cili api yang ditumbuk halus dan di jadikan pencicah ulam-ulaman semasa makan nasi. Ia juga diletakkan dalam masakan lauk seperti masakan ikan patin tempoyak yang popular dan juga masak lemak cili api tempoyak ulam pucuk ubi dan sebagainya. 
.
Kajian menunjukkan, tempoyak juga kaya dengan kuman baik probiotik jenis asid laktik bacilli (LAB) iaitu spesis ‘Lactobacillus plantarum’. Bakteria ini mempunyai ketahanan daripada penghadaman oleh asid perut (pH 2.0) dan garam hempedu dalam usus (0.3%). Ia juga melekat kuat pada dinding usus dan kajian menunjukkan bakteria L.plantarum ini boleh mengurangkan proliferasi sel-sel kanser adenocarcinoma. 
.
Kuman baik probiotik yang lain yang ada di dalam tempoyak adalah :
. Lactobacilli casei
. Lactobacilli rhamnosus
.
Ini adalah fakta yang sangat menarik dan sepatutnya mengujakan kita untuk selalu makan tempoyak semasa makan nasi dalam pemakanan seharian kita. 
.
Tempoyak adalah makanan penambah selera yang sangat baik dan selalunya dengan makan sambal tempoyak, maka kita akan makan ulam-ulaman juga. Dengan itu kita mendapat faedah kesihatan daripada makan ulam-ulaman itu.
.
Bersederhanalah dalam makan tempoyak kerana ia tinggi garam dan durian pula mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. Tetapi faedah probiotik yang terdapat di dalam tempoyak adalah satu perkara yang patut kita utamakan, InsyaAllah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE

Rujukan:
1. Ahmad A, Yap WB, Kofli NT, Ghazali AR. Probiotic potentials of Lactobacillus plantarum isolated from fermented durian (Tempoyak), a Malaysian traditional condiment. Food Sci Nutr. 2018;6(6):1370–1377. Published 2018 Jun 2. doi:10.1002/fsn3.6721. 
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Tempoyak

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo