NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gelombang ketiga Covid-19 menurun dan terkawal




Pelaksanaan Darurat adalah satu kejayaan. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengawal tiga gelombang pandemik

PUTRAJAYA: Malaysia sudah melepasi nilai maksimum gelombang ketiga Covid-19 dan situasi itu kini menunjukkan penurunan dan terkawal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, seluruh dunia menunjukkan graf trend pandemik sama yang mana memperlihatkan mencecah nilai maksimum sebelum jatuh ke nilai rendah.

Menurut beliau, tempoh lamanya gelombang ketiga negara masing-masing bergantung kepada kaedah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Perhatikan pandemik selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada beberapa minggu selepas berlaku gelombang kedua di Korea.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran gelombang ketiga seluruh dunia pada Januari. Ramai berkata-kata tanpa memahami ciri pandemik secara global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adham berkata, pelaksanaan PKP dan pelaksanaan darurat ketika ini membuktikan kejayaan apabila trend pandemik Covi-19 dilihat terkawal.

“Pelaksanaan Darurat adalah satu kejayaan. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengawal tiga gelombang pandemik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo