NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

FELDA ambil alih 3.16 juta saham FGV daripada pasaran terbuka




KUALA LUMPUR — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah mengambil alih 3.16 juta saham lagi dalam FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada RM1.30 sesaham.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), penasihat utama kepada Felda mengenai tawaran pengambilalihannya untuk saham FGV berkata saham itu dibeli pada Selasa, 9 Feb.

Pada 8 Dis, Felda bercadang melancarkan tawaran pengambilalihan selepas memperoleh 222.48 juta saham FGV (6.1 peratus kepentingan) yang dipegang oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan 283.71 juta saham FGV (7.78 peratus kepentingan) yang dipegang oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd dengan nilai tunai RM658 juta.

Setakat 29 Jan, 2021, Felda dan pihak yang bertindak bersamanya menguasai 68.76 peratus kepentingan dalam FGV.

— BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo