NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid 19: 466 kluster masih aktif, 82 lapor pertambahan kes


 
– Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

10 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 11 lagi kluster baharu Covid-19 di Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah menjadikan keseluruhan kluster terkini adalah sebanyak 931 kluster.

Manakala sebanyak 465 kluster daripada jumlah tersebut telah ditamatkan termasuk empat kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Genting, Kluster Harum, Kluster Medan Idaman, dan Kluster Wakaf Lanas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Kluster baharu itu membabitkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja, dua lagi kluster melibatkan komuniti dan dua kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi , menjadikan kini jumlah kluster aktif sebanyak 466 kluster

“Daripada 466 kluster aktif, terdapat 82 kluster melaporkan pertambahan kes di mana tiga kluster yang melaporkan pertambahan kes tertinggi ialah Tanjung Suria (356 kes), Kluster Persiaran Perkilangan (319 kes), dan Kluster Jalan Cochrane (104 kes),” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Berikut adalah senarai kluster baharu yang dikesan KKM hari ini :
Industri Wawasan (Selangor-Tempat Kerja)
Batu 20 (Selangor-Tempat Kerja)
Tapak Bina Persiaran Sepang (Selangor -Tempat Kerja)
Tapak Bina Jalan Tandok (WP Kuala Lumpur-Tempat Kerja)
Jalan Dua Belas (WP Kuala Lumpur -Tempat Kerja)
Jalan Tiga KKIP (Sabah-Tempat Kerja)
Jalan Uda Utama (Johor-Tempat Kerja)
Jalan Kancil Waha (Johor-Komuniti)
Lorong Sahabat (Johor-Komuniti)
Lorong Bersatu Damai (Sabah-Kumpulan Berisiko Tinggi)
Jalan Harun (WP Kuala Lumpur-Kumpulan Berisiko Tinggi)

Dalam pada itu, Noor Hisham ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

Tambahnya, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Elakkan kawasan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat di samping mengamalkan 3 W (Wash, Wear and Warn). Patuhlah kepada Standard Operasi Prosedur (SOP) sebagai normal baharu.

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo