NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ebit Liew Dari Sudut Pandang Pegawai Daerah Semporna

Siapakah sebenarnya insan bernama UEL, Pendakwah, artis atau politician? Jika pendakwah agama, fahami makna Surah Al-Ikhlas. Surah ini tiada menyentuh tentang IKHLAS..Kerana ikhlas itu tidak perlu dipertontonkan, dinyatakan. Ikhlas bersifat RAHSIA. 

Jika dipertontonkan, ia boleh dianggap ujub & riak..Jika ia seorang politician, WAJIB mempertontonkan apa jua aktiviti kemasyarakatannya utk TONTONAN masyarakat bahawa dia sedang berkhidmat untuk masyarakat / rakyat yang telah memilihnya sbg Wakil Rakyat..

Insan bernama UEL adalah insan terpilih yang telah menjadi ikon @ idola bagi kebanyakan masyarakat yang mengikuti perkembangannya melalui paparan media massa atau media sosial dan mempunyai nilai KOMERSIAL yang secara langsung telah diKOMERSIALkan oleh media massa & telah diEKSPLOITASI, diMANIPULASI & diSENSASIkan oleh golongan tertentu yang berkepentingam.. 

Pihak pihak yang berkepentingan telah menangguk di air keruh & menempel ke atas isu yang melibatkan PERUNDANGAN yang telah diperlekehkan oleh orang-orang tertentu yang masih jahil tentang perundangan. 

"Ketuk pintu" adalah bahasa kiasan / perumpamaan sebagai gambaran bahawa masyarakat kita dahulu sinonim dengan ADAB yang terpuji..Adab ini juga adalah ajaran agama Islam..

Namun, kiasan itu Rupa2nya tidak terpakai lagi oleh masyarakat kita kini, buktinya, penggunaan bahasa kesat, kasar & menyumpah dalam komen2 di media sosial hanya sebab untuk "menyebelahi" ikon/ idola pilihan mereka sehingga lupa bahawa, ajaran agama Islam tidak mengajar umat Islam berbuat demikian, yang khilaf, adalah penganut agama itu sendiri..
UEL kecewa (dgn gambaran ala2 artis berlakon drama sedih duduk atas bot ) yang telah menimbulkan simpati netizen yang guna alasan agama Islam untuk memarahi mereka2 di media sosial yang dituduh menghalang "niat murninya" untuk pembinaan struktur kekal di atas TAPAK TANAH MILIK ORANG TANPA KEBENARAN..

Isunya adalah perundangan! Bukan menghalang, jika UEL dihalang, dari awal kemasukannya ke daerah Semporna sudah dihalang, Nampak? UEL siap di esscort oleh anggota keselamatan..

Nampak? Tajuk surat permohonan masuk ke Sabah berbunyi, MISI BANTUAN KEMANUSIAAN yang dianggap oleh pihak berautoriti disini adalah bantuan berbentuk makanan & seumpamanya..UEL tidak menyatakan dalam surat permohonannya untuk BINA KELAS KAFA yang bersifat KEKAL. Tiba2 UEL "Mengadu" lagi di media sosial untuk raih simpati masyarakat yang menDEWAkannya bahawa ia telah membeli terlebih dahulu material untuk pembinaan sekolah tersebut diatas tanah milik orang/pewaris pulau tersebut..

Gambar2 kekecewaannya diabadikan oleh "PAPARAZZI" yang bijak eksploitasi body language UEL yg sedang kecewa..Makanya di awal posting ini sengaja saya ajukan persoalan, siapakah UEL, Pendakwah, artis atau politician? 

Sebagai penjawat awam, saya dengan prinsip yang kukuh menyatakan bahawa, setiap inci tanah di daerah Semporna ini punyai pemilik/pewaris selain tanah milik kerajaan Negeri Sabah yang tidak sepatutnya sewenang-wenang diceroboh oleh sesiapapum walau atas apa alasan sekalipun.

Ibarat pepatah "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"..Cara ini bukan dianjurkan oleh ajaran agama Islam & jangan sesekali gunakan alasan agama Islam untuk mencapai sesuatu hasrat walau hasrat itu murni, Namun, biarlah dengan cara berADAB sesuai dengan ajaran Islam, bukan menidakkan hak orang lain yang terlebih dahulu berhak. 

Nota : 

Pesanan kepada semua rakan rakan setugas DO, Majlis Keselamatan Negara perkara 20 menyatakan dengan terang, jelas & nyata bahawa, Pegawai Daerah itu adalah PENGERUSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAERAH & OCPD PDRM di daerah adalah TIMBALAN PENGERUSI. Makanya, setiap NGO, individu/entiti & orang perseorangan dari luar daerah diWAJIBkan oleh perundangan "KETUK PINTU" terlebih dahulu kepada Pejabat Daerah yang dipertanggungjawabkan sebagai KETUA PENTADBIR DAERAH untuk menjelaskan tujuan sebenar kedatangan mereka agar Pejabat Daerah dapat membantu "menunjukkan jalan" atau "bilik" mana yang boleh dimasuki, mana "bilik" yang tidak boleh dimasuki kerana risau, nanti "tetamu" "tersalah masuk bilik yg prohibited"..

Jika di Sabah ada MAHKAMAH ANAK NEGERI yang mengamalkan akta / perundangan yang dinamakan SOGIT (istilah bahasa suku kaum Kadazandusun), Akta ini TIDAK terdapat di Semenanjung Malaysia..Nah! Kepada yang masih tidak faham atau sengaja buat2 tidak faham peribahasa "Ketuk pintu" mohon izin lalu, Google sja dlm kamus online! 

Harapan saya, selepas ini, tiada lagi isu berbangkit, jgn berbalah sesama agama hanya kerana keTAKSUBan, keOBSESan kita terhadap seseorang hamba ALLAH sehingga sengaja membutakan mata, pekakkan telinga untuk tidak menerima kenyataan bahawa, ia juga berbuat kekhilafan..

Sekian.

Pegawai Daerah Semporna.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo