NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Daftar, kemas kini BPR dilanjutkan hingga 25 Februari


– Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

14 FEB: Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari sehingga 15 Februari lalu, kini dilanjutkan sehingga 25 Februari depan

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, tarikh itu dilanjutkan bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara ketika ini.

Menurut beliau, hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.

“Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan COVID-19.

“Dengan adanya proses pendaftaran baharu dan kemaskini itu, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk disemak semula,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memberitahu penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu atau kemas kini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

“Pembayaran Fasa 1 BPR kepada penerima akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021, seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari lalu.

“Bayaran Fasa 2 BPR dijangka dibuat awal bulan Mei 2021. Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah menerima hampir 550,000 permohonan baharu yang perlu diverifikasi dan disemak silang dalam sistem.

Selain itu, menurut beliau proses semak silang ini juga membabitkan 25 agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, LHDN dan sebagainya untuk memastikan mereka yang benar-benar layak diluluskan BPR.

“Pemohon BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu, https://bpr.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. 

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/02/14/daftar-kemas-kini-bpr-dilanjutkan-hingga-25-februari/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo