Responsive Ad Slot

2 lelaki Kristian Pilih Dirotan di Khalayak Umum di Indonesia

BANDA, ACEH: Dua lelaki beragama Kristian dirotan di khalayak umum, di sini selepas didapati meminum arak dan berjudi.
Hukuman sedemikian dilakukan dua minggu selepas dua lelaki yang mengadakan hubungan seks antara sesama jantina, dirotan hampir 80 kali.

Kedua-dua tertuduh, masing-masing dirotan 40 kali di bahagian belakang badan oleh pegawai syariah.

Seorang tertuduh, dikenali sebagai JF memilih hukuman rotan di khalayak umum bagi mengelak daripada dikenakan pendakwaan jenayah yang berkemungkinan mengundang risiko ditempatkan di penjara untuk tempoh sehingga enam bulan.

"Polis syariah beri kami pilihan dan kami buat keputusan untuk mematuhi perundangan kes jenayah Islam.

"Tiada sesiapa yang paksa kami untuk pilih hukuman ini," katanya.

Aceh ialah satu-satunya wilayah di dunia ini yang negaranya didiami majoriti penduduk Muslim dan menguatkuasakan perundangan Islam.

Individu bukan Muslim yang melakukan kesalahan, sama ada melanggar perundangan negara atau agama mempunyai pilihan untuk dihukum mengikut mana-mana sistem.

Insiden yang menyaksikan individu bukan Muslim, dirotan di khalayak umum jarang berlaku di Aceh, namun hukuman sedemikian sejak kebelakangan ini menjadi kelaziman, khususnya bagi kes berjudi dan menjual arak.

Dua lelaki Kristian itu ialah antara tujuh individu yang setakat ini dirotan di khalayak umum.

Lima lagi individu yang menerima hukuman sedemikian ialah Muslim, selepas disabit bersalah kerana berzina dan meminum arak.

Kumpulan hak asasi manusia sehingga kini menyelar bentuk hukuman rotan di khalayak umum, dengan menyifatkan ia sebagai kejam, malah Presiden Indonesia, Joko Widodo sudah mengeluarkan arahan supaya pendekatan sedemikian dihentikan. - AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo